Wednesday 30 October 2013

SAYANG SAYANG BUAH KEPAYANG DITELAN PAHIT DIBUANG SAYANG.....


MUNGKIN ADA YANG TIDAK KENAL DENGAN BUAH KEPAYANG. BAGAIMANA RUPA POKOKNYA PUN ADA YANG TIDAK TAHU.



MUJI Mohamad mengupas kulit biji buah kepayang untuk mengeluarkan isinya selepas direndam selama seminggu di Kampung Pengau, Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang, baru-baru ini

.pic google
JERANTUT 28 Okt. - Penduduk di pedalaman Hulu Tembeling dekat sini sudah sinonim dengan makanan berasaskan buah-buahan dan herba yang boleh diperoleh dari hutan Taman Negara Kuala Tahan.

Sumber hutan berkenaan juga diproses secara tradisional bagi menghilangkan kesan sampingan bagi tujuan perubatan selain dikomersialkan dan boleh menambah pendapatan sampingan.

Antara buah hutan yang boleh dimakan dan dikomersialkan secara kecil-kecilan, ialah kepayang iaitu spesies dikenali sebagai pokok beracun.

Namun demikian, Muji Mohamad, 70, dari Kampung Pengau, Hulu Tembeling mampu meneruskan kesinambungan warisan lama dalam memproses makanan berasaskan biji buah kepayang untuk dikomersialkan.
Katanya, biji kepayang berwarna putih dan bertukar kehitaman selepas direndam dalam air, dibakar atau direbus untuk menghilangkan rasa pahitnya.

"Buah kepayang mengandungi enam hingga lapan biji di dalamnya dilitupi selaput putih dan berminyak.
"Isi kepayang tidak boleh dimakan mentah kerana beracun dan memabukkan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, buah yang baru dikutip darpadai pokoknya direndam dalam air selama seminggu sebelum direbus atau dibakar untuk menghilangkan kesan pahitnya.

"Selepas direbus, isinya yang kehitaman, kemudian dihiris nipis-nipis. Saya menggoreng semula dengan mencampur sedikit kunyit serta garam sebelum dimakan dan jika banyak bolehlah dijual," katanya.

Katanya, dia menjual buah itu secara kecil-kecilan di sekitar kampung tersebut dan Kuala Tahan dengan harga RM3 mengikut ukuran tin susu.

Selain itu, dia juga menjual minyak buah itu yang siap diproses pada harga RM6 sebotol bersaiz sederhana dan boleh dicampur dengan beberapa ramuan herba lain untuk dijadikan minyak urut bagi wanita selepas bersalin


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20131029/wp_05/Kemahiran-Muji-proses-buah-kepayang#ixzz2j3qjni00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

6 comments:

  1. tq berkongsi kak, KA baru tahu rupa buah ni mcm ni & tq sudi mendoakan kesihatan Adik yer !

    ReplyDelete
  2. kak pun sama KA bukannya kenalpun walau dh lama jg hidup. tq ...dlm hidup ni kita wajar mendoakan kbaikan kshtan kpd sesiapa saja trutama yg kita knali n syangi...

    ReplyDelete
  3. insyaAllah, insyaAllah, insyaAllah ada jalann nyaaaa.... hepi blogging Kak Nah...

    ReplyDelete
  4. in sya Allah..terima kasih sudi singgah.

    ReplyDelete
  5. sayapun baru tahu... hahaha

    ReplyDelete
  6. YEKE...orang lama macam kak ni pun xberapa tau....tq sepa.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist