بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
MSG 1....

Salam. Ida apa khabar. Lela sntsa ingatkan ida. Syukur Alhamdullillah kami dh selesai buat haji. Pakej kami buat tarwiyah, sblm wukuf pada malam 7 & 8 dzulhijjah ke Mina. Pagi 9 Dzulhijjah baru ke Arafah. Kmdn ke Mudzaliffah n Arafah semula untuk melontar n mabit. Hmpr semggu dok dlm kemah bnyak dugaannya. Hari ni baru buat umrah setelah rasa sihat. Masih batuk2 n selsema.

MSG 2....

Umrah wajib sekali je. Masa mula2 sampai. Pas tu atas kita malas ke rajin nak buat. Smlm buat umrah niat utk arwah ayah. Cadang hari ni niat umrah utk arwah mak pula.

MSG 3....

Wsalam...maaf ganggu lena ida. Di sini kul 9 mlm . Lela baru lpas dinner stlah pulang dari solat isyak di masjidilharam. Maaf lela bertanya, ida dh boleh ke bilik air sendirian tanpa dibantu...

MSG 4....

Hari ni xumrah. Pakej bawa melawat ke Maulidrasul tempat baginda lahir, masjid kayu, masjid jin, perkububuran Mala', pusara saidatina Khadijah, Saidatina Mariam isteri2 nabi. Kini kat pasar borong.

MSG 5...

Oh ya ida, lela dh tanya ustaz tadi. Ceritakan keadaan ida kalau ida xada harapan n peluang dtg buat umrah n haji, lela boleh wakil diri buat utk ida...

MSG 6....

Lela xmahu upah. lela buat hadiah utk ida. Doakan lela dpt buat n Allah permudahkan segalanya.

MSG 7....

Salam. lela brsiap ke masjid. Terlewat pagi ni. Lpas b'feast akan dibawa melawat ke  muzium Mekah n kndian ke miqat Udaibiah, miqat yg paling jauh. Miqat ialah sempadan tanahharam n tanah halah utk niat haji.

MSG 8....



Syukur Alhamdulillah...telah selesai saei sebelum isyak dah telah tahalul @ bergunting. Ya Allah sampaikanlah pahala umrah ini kepada sahabatku Paridah Ishak....Amin...

REPLY MSG:

APAKAH REPLY MSG IDA KEPADA LELA? BAYANGKAN YANG BAIK-BAIK SAJA. SUKAR MENULIS MENGGAMBARKANNYA.  HANYA SEDU SEDAN TANGISAN YANG MENGIRINGINYA  DI SAAT DUKANYA ALLAH MENGIRIMINYA BEBERAPA SAHABAT BAIK YANG PRIHATINKAN NASIBNYA DAN LELA INI ADALAH SALAH SEORANG SAHABAT BAIK YANG MEMBERIKANNYA HADIAH KEJUTAN BERMAKNA TIDAK TERNILAI HARGANYA.

PERSAHABATAN YANG TERJALEN TANPA TIMBAL BALIK YANG SEMPURNA ITU TIDAK DIANGGAP LELA SAJA-SAJA. LELA TERLALU BANYAK MEMBERI SEDANG IDA HANYA MENERIMA. MEMANG RALAT KALAU MENJADI PENERIMA TAPI TIADA DAYA MEMBALASNYA...IDA HANYA MAMPU MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI RASA TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA. HANYA ALLAH SAJA YANG MAMPU MEMBALAS PENGORBANAN  DAN KEBAIKAN LELA ITU.

BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH MELAKUKAN IBADAH UMRAH DAN MENIATKAN PAHALANYA KEPADA SEORANG SAHABAT PADA MUSIM HAJI YANG SENTIASA SESAK DENGAN UMAT ISLAM YANG MEMENUHI SETIAP RUANG TANAH SUCI UNTUK SENTIASA MENGERJAKAN AMAL IBADAH KERNA PAHALANYA YANG BERGANDA JIKALAU HATI TIDAK TULUS IKHLAS.

SUBHANALLAH...SYUKUR PADAMU YA ALLAH!
BERTUAH NASIBMU IDA PADA DZULHIJJAH TAHUN INI...



                          PIC NOORLAILA GHAFAR...






4 comments - "MESEJ DARI TANAH SUCI MEKAH....BERDERAI AIR MATA.... "

~Kak Nah Backyard (^_^)~ delete icon 27 October 2013 at 21:35

sungguh bertuah akak mendapat sahabat yang berhati luhur seperti lela..sebak saya membacanya..sahabat sejati sukar dicari mungkin satu dalam beribu....muga persahabatan akak berdua berkekalan hingga ke Jannah..muga Allah sentiasa melindungi akak dengan memberi kesihatan yang baik..Aamiin..

paridah delete icon 27 October 2013 at 21:58

tksh ema doamu...shbt sejati hadir sebagai rezeki anugerah Allah jua xsemua kita mendapatnya...in sya Allah persahabatan kak n lela akan kekal selamanya.

nohas delete icon 28 October 2013 at 00:26

Alhamdulillah kak..sahabat yang baik, yg tulus ikhlas dlm persahabatan memang payah nak cari di zaman ni...membalas kebaikan tidak semestinya dlm btk fizikal, mendoakan sahabat itu yg paling afdal..

paridah delete icon 28 October 2013 at 08:57

tksh nohas...sungguh xsangka Allah mengurniakan beberapa sahabat yang baik sebelum berakhir usia. hadirnya tanpa dicari, Allah yg menentukannya.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”