Friday 1 November 2013

MENGELAK NYANYUK....BACA ALQURAN SELALU

ASSALAMUALAIKUM. Dalam ruangan minggu ini saya ingin menceritakan keajaiban mukjizat al-Quran dan manfaat ini berlaku kepada arwah ibu saya.
Semasa hidupnya dia rajin membaca al-Quran dan pada usia mencecah 100 tahun semasa meninggal minggu lalu, ingatannya masih kuat. Memorinya menakjubkan kerana boleh bertutur dengan baik, tidak nyanyuk dan kenal dengan siapa dia bercakap.
Walaupun fizikalnya lemah kerana usia lanjut namun pemikirannya tajam dan menjadi tempat rujukan bila ditimpa masalah.
Perubahan tidak dapat dielakkan akibat proses penuaan yang boleh dilihat pada kedutan kulit, rambut beruban, sejuk badan dan sakit otot. Ramai beransur hilang ingatan selepas umur 40 tahun, kehilangan ingatan teruk dan drastik pasti bukan sebahagian penuaan normal.

Demensia bukan penyakit. Sebaliknya, menggambarkan gejala yang mempengaruhi kebolehan pemikiran dan sosial yang cukup teruk sehingga mengganggu kerja harian. Gejala ini boleh menyebabkan perubahan personaliti, mood dan tingkah laku.
Dalam beberapa kes, demensia boleh dirawat dan diubati. Contohnya demensia yang disebabkan oleh penyalahgunaan bahan (dadah dan alkohol), gabungan ubatan, hormon atau ketidakseimbangan vitamin.
Banyak sebab gejala demensia wujud. Alzheimer adalah punca paling biasa bagi demensia yang progresif.

Demensia menunjukkan terdapatnya masalah dengan sekurang-kurangnya dua fungsi otak seperti kehilangan ingatan dan proses logik fikiran terjejas atau bahasa dan tidak upaya melaksanakan beberapa aktiviti harian.
Demensia membuat anda keliru dan tidak dapat mengingat orang dan nama. Anda mungkin mengalami perubahan personaliti dan tingkah laku. Bagaimanapun, beberapa punca demensia boleh dirawat malah boleh pulih sepenuhnya.

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah ramai pesakit demensia berjaya dipulihkan ingatan dan kembali normal kerana kesan membaca al-Quran. Ini kerana orang yang membaca al-Quran akan dijaga Allah daripada penyakit yang hina apabila tua.
Dalam satu riwayat, Saidina Ali r.a. pernah berkata bahawa orang yang sentiasa membaca al-Quran tidak akan ditimpa penyakit nyanyuk.
Tanda nyanyukDemensia adalah progresif. Ini bermakna otak seseorang itu menjadi lebih rosak dan kurang bekerja dari semasa ke semasa dan tanda itu cenderung berubah dan menjadi lebih teruk.

Atas sebab ini, adalah penting berbincang dengan doktor secepat mungkin jika anda mempunyai masalah dengan ingatan anda.
Gejala dan pengalaman demensia boleh berbeza daripada seorang ke seorang. Antara gejala biasa, hilang ingatan, sukar berkomunikasi, sukar melakukan tugas kompleks, masalah merancang dan mengatur, sukar berkoordinasi dan fungsi motor, keliru seperti sesat, perubahan personaliti, ketidakupayaan dan tingkah laku tidak sesuai, paranoia, pergolakan dalaman dan halusinasi.

Rawatan modenKebanyakan demensia tidak boleh diubati. Bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian termasuk demensia disebabkan vitamin dan hormon tiroid, yang boleh dirawat dengan makanan tambahan.
Beberapa sebab yang boleh dirawat melalui pembedahan sebagai contoh, ketumbuhan otak, cecair berlebihan pada otak (hydrocephalus) atau kecederaan kepala.
Bagi jenis neurodegeneratif demensia, penting mengelakkan kerosakan tambahan dengan mengubah suai faktor risiko seperti merawat darah tinggi, kolesterol, diabetes dan berhenti merokok.

Demensia yang tidak dapat diubat seperti Alzheimer, ubatan boleh ditetapkan bagi menghalang gejala semakin teruk untuk tempoh lama. Ini biasanya ditetapkan untuk pesakit di peringkat awal dan pertengahan penyakit. Ia adalah perkara biasa bagi orang yang mempunyai kemurungan.
Mereka boleh berunding dengan pakar psikiatri dan terapi boleh mengurangkan gejala demensia. Yang paling penting dalam rawatan adalah sokongan dan penjagaan. Jika anda atau orang tersayang disahkan menghidap demensia, anda perlu merancang penjagaan pada masa depan.

Rawatan nyanyuk guna al-QuranDaripada penerangan di atas, dapatlah kita fahami serba sedikit tentang penyakit nyanyuk yang banyak bersangkutan dengan pelbagai penyakit lain selain faktor usia.
Sains dan agama mengajar kita bahawa proses penuaan adalah normal dan merupakan kitaran hidup manusia.

Di dalam Islam banyak diterangkan tentang proses penuaan seperti ayat di bawah:
"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [Ghafir 40: 67]

Masalah umum bagi usia lanjut adalah keadaan fizikal lemah dan tidak berdaya sebagaimana firman Allah dalam ayat di bawah:
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa." (Ar-Rum 30:54):

Sains menunjukkan proses penuaan dipengaruhi enzim di dalam sel badan yang setiap kali membahagi, semakin memendek.
Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama dan perubahan sekecil apa pun dalam getaran boleh menimbulkan penyakit pada beberapa bahagian tubuh.

Dengan membaca ayat suci al-Quran akan menghasilkan frekuensi yang menggetarkan sel rosak untuk mengembalikan keseimbangan. Perubahan pada getaran ini dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan ke atas hormon sel badan. Ini akan dapat mengurangkan bahaya radangan dalam badan, menseimbangkan hormon dalam badan dan meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan.

Hasilnya, pengamal al-Quran kelihatan lebih muda dan bertenaga, lebih baik tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, kurang risiko kanser dan penyakit lain berkaitan penuaan.
"Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Al-Quran untuk diingati, maka tidakkah ada orang yang ingin mengingatinya?" (Al-Qamar:17)

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit demensia akan diberi ayat berikut untuk diamal disertai doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah Az Zumar ayat 24 hingga 37.
Surah Al-A'raaf ayat 43 hingga 56.
Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78.
Surah An-Naml ayat 71 hingga 93.
Surah As-Soffat ayat 22 hingga 47.
Surah Yassin ayat 72 hingga 83.

Cara amalan pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali malam dan surah kedua tiga kali siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah seterusnya.

PenutupPepatah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran)."
Kepada pesakit demensia, jangan berputus asa dalam berikhtiar untuk merawat penyakit demensia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131027/kn_04/Penyakit-nyanyuk#ixzz2iyZb5sID
© Utusan Melayu (M) Bhd 




7 comments:

  1. betul sgt2 tu KA. In Shaa Allah akan dipratikkan !

    ReplyDelete
  2. rajin2lah mengaji al-quran KA...in sya Allah.

    ReplyDelete
  3. sungguh infomatif...
    thanks for sharing..

    ReplyDelete
  4. sama2 Nizam Ariff...tq sudi singgah.

    ReplyDelete
  5. Mmg bnr...arwah nek bok (atok punya kakak) ms dia hidup sgt2 rajin bc quran.wpn fizikal xsihat dia ttp bc.yg kami kagum ingatan dia sgt2 tajam.dia boleh igt cerita2 ms dia kecik2 dulu...

    ReplyDelete
  6. org2 tua2 dulu ramai yg xnyanyuk walau usia mrk melebehi 80 thn kerja rajin mengaji...org2 baru ni kenalah amalkannya juga...tq Khairin annies....

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist