بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


1.   "KURUSNYA HANG NI NO!"
"NAK MATI DAH KOT"
"HANG JANGAN KATA GITU..."
AKU LIHAT MATANYA MULAI BERKACA DAN TANGAN SASANYA MENGESAT TITIS AIR YANG MULA JATUH KE PIPI SAMBIL BERPALING DARI SISIKU. PASTINYA LELAKI INI MASIH MERASAI KESEDIHAN YANG AMAT SANGAT LANTARAN KEHILANGAN ANAK SULUNGNYA YANG BERPULANG KE RAHMATULLAH AKIBAT SERANGAN JANTUNG BEBERAPA MINGGU LALU.

"AKU NI BUKAN TAK KESIAN DENGAN NASIB HANG. ELOK-ELOK SIHAT TIBA-TIBA SAKIT. NAK BUAT LAGU MANA, APA YANG AKU BOLEH TOLONG AKU MAI TOLONG. HANG JANGAN CAKAP NAK MATI KA...SEMUA TU KERJA TUHAN. SELAGI ALLAH SURUH KITA HIDUP KAT DUNIA, KITA REDHA DAN BERSYUKUR. KALAU IKUTKAN AKU NI LAGI SEDIH WALAU HANG NAMPAK AKU RIANG NAIK MOTOR/KERETA PI SANA SINI. AKU RASA KOSONG, MACAM DAH HILANG SEMANGAT. HANG BAYANGKAN ANAK AKU ADA DUA SAJA. DAH HILANG SORANG TINGGAL SORANG."

KELUH KESAHNYA BERSAMBUNG LAGI.
"IKUTKAN HATI AKU, TAK INGIN LAGI AKU NAK KERJA TERUK-TERUK PI LADANG, PI JAGA LEMBU, TAKDAK GUNANYA. CARI RETA INGAT NAK TINGGAL KAT DIA, TAPI DIA TINGGAL AKU LEBIH DULU...DAH TAKDIR DIA GITU...TAK BOLEH NAK KATA APA DAH..."

SEKURANG-KURANGNYA JIKALAU IBU/BAPA YANG MENDAHULUI MENGADAP ILAHI TENTULAH ANAK-ANAK ATAU WARISNYA YANG TINGGAL AKAN TERUS MENGIRIM DOA-DOA DAN HADIAH-HADIAH AYAT SUCI DALAM JANGKA MASA YANG LEBIH LAMA. SEBAB BUKANKAH YANG MUDA ITU LAMBAT BERHUJUNG USIA. ITU KATAKU. TAPI KENYATAANNYA TIDAK BEGITU. KELAPA PUTIK, KELAPA MUMBANG PUN GUGUR DAN BUKAN CUMA KELAPA MATANG.


BERSABARLAH BANG DIN DAN KAK FAUZIAH ANAK KESAYANGAN YANG BAIK BUDI ITU SENTIASA DI DALAM DOA KITA SEJAHTERA BAHGIA DI ALAM SANA.....AL FATEHAH BUAT KHUSNI MOHD AKHIR.

2.  SEBUAH KELUARGA YANG HARMONI DENGAN ANAK-ANAK YANG TERDIDIK SEMPURNA BEGITU RUNGSING MENANGANI IBU MEREKA YANG TIBA-TIBA JATUH SAKIT. IBU DIHANTAR DAN DIJAGA ANAK-ANAK DI HOSPITAL SILIH GANTI. UNTUNGNYA BERANAK RAMAI MELEBEHI 10 ORANG. SENTIASA ADA YANG BOLEH DIHARAPKAN MENOLONG SAAT KESUSAHAN.

TAPI KAKAK-KAKAK DAN ABANG-ABANG TERLEPAS PANDANG AKAN KEMEROSOTAN KESIHATAN ADIK BONGSU MEREKA KERNA TERLALU SIBUK MENGURUSI KEPERLUAN IBU YANG SAKIT. SEHINGGA IBU YANG SAKIT ITU MENYEDARINYA DAN MEMINTA ANAK-ANAKNYA MEMBAWA ADIK MEREKA KE HOSPITAL. NALURI SEORANG IBU AMAT MERASAI APA SAJA YANG BERKAITAN DENGAN ANAK-ANAKNYA.

TINDAKAN YANG TERNYATA TERLAMBAT. ADIK BONGSU DISAHKAN MENGHIDAP TB TAHAP YANG SANGAT KRITIKAL. TELAH DIKUARANTIN PIHAK HOSPITAL.  ADIK YANG BONGSU MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR SETELAH BEBERAPA KALI MUNTAH DARAH DAN MENGALAMI PENDARAHAN SELURUH TUBUHNYA.

IBUNYA YANG SAKIT MENANGIS SEBAK DENGAN IRONI KEHIDUPAN YANG TIDAK TERDUGA. MERATAPI KEHILANGAN ANAK TERSAYANG YANG SELAMA INI MENGONGSI SUSAH SENANGNYA.

BERSABARLAH TENGKU AISYAH, ANAKANDA TUAN HUMAIZI TELAH MENGAKHIRI HIDUPNYA DENGAN SEMPURNA....IN SYA ALLAH ALLAHYARHAM AKAN BERSAMA DENGAN MEREKA YANG BERIMAN...ALFATEHAH.

ANAK-ANAK ADALAH HARTA IBU/BAPA DUNIA DAN AKHIRAT, KEHILANGAN MEREKA
UMPAMA HILANG SEGALA-GALANYA.

8 ulasan - "HARTA DUNIA DAN AKHIRAT..."

Kang Zeer El-Watsi delete icon 4 Februari 2014 8:50 PG

wah sapinya mantab...gemuk besar dan keliatannya sehat :D

paridah delete icon 4 Februari 2014 10:45 PG

ya sapi sihat gemuk kuat makan xlama boleh buat korban....tq :Kang Zeer- El-Watsi.

notie delete icon 4 Februari 2014 3:55 PTG

Resam kehidupan yang terpaksa kita tempuhi. Hidup lawannya mati. Apa pun yang terjadi tetap juga kita kena tempuhi walaupun kadang terasa pahit dan kehilangan yang tiada gantinya. Apa pun kita kena redho pemergian mereka. Hanya doa dan sedekahkan fatihah sahaja yang mampu kita buat semuga roh mereka termasuk dalam golongan orang yang beriman. Al fatihah buat mereka yang telah meninggal dunia.

Khai♥Rin : anies delete icon 4 Februari 2014 4:47 PTG

nama pun kehidupan...apa yang terjadi harus di tempuh dgn hati yg terbuka

paridah delete icon 4 Februari 2014 5:28 PTG

ya ajal itu tunangan hidup kita redha hadapi realitinya tapi setiap kehilangan org tersayang kita amat sedih n meratapinya.moga Allah merahmati, melindungi mrk yg telah kembali ke sisi-Nya dgn iringan doa2 kita. tq notie

paridah delete icon 4 Februari 2014 7:00 PTG

demikianlah kehidupan dengan suratannya ya...tq Khairin annies.

Kesuma Angsana delete icon 5 Februari 2014 10:45 PG

ajal maut ni dah tertulis kan kak.. n3 penuh bermakna buat semua ni

paridah delete icon 5 Februari 2014 1:54 PTG

ya..sakit, ajal maut, jodoh pertemuan sudah tertulis ketentuannya n kita jgn mempersoalkannya....tq Kesuma Angsana.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”