بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
PETIKAN KATA-KATA DI ATAS ADALAH DARIPADA STATUS SESEORANG DI WALL FACEBOOKNYA. TENTU RAMAI JUGA YANG MERASA TERKAIT SAMA DENGAN MASALAH YANG SERUPA.

SOAL JODOH PERTEMUAN APALAGI PERKAHWINAN BUKAN URUSAN KITA. SEGALANYA KETENTUAN ALLAH YANG MAHA ESA SEJAK AZALI LAGI.

SEKIRANYA DITANYA KEPADA GADIS-GADIS YANG SUDAH LAYAK MEMASUKI GERBANG PERKAHWINAN TENTULAH MEREKA ITU INGIN SEKALI TETAPI TIDAK TERPENUHI LANTARAN JODOH PERTEMUAN BELUM BERLAKU.

JADI APA PERLUNYA DISINDIR BERTANYA, "BILALAH NAK MAKAN NASI MINYAK AWAK NI..." BAYANGKAN DIRI KITA DI TEMPATNYA BAGAIMANA PERASAAN KITA DISINDIR BEGITU.

PANDANGAN SINIKAL TERHADAP GADIS-GADIS YANG LAMBAT BERKAHWIN JUGA DIRASAKAN IBU/BAPA MEREKA. MEREKA MERASA RENDAH DIRI SEKALI DI TENGAH MASYARAKAT TERUTAMA KALA MENGHADIRI UNDANGAN PERKAHWINAN JIRAN-JIRAN SETEMPAT.

ADA YANG TERLEPAS CAKAP BERKATA, "BILALAH KITA NAK PERGI BERBEKWAH KE RUMAH KAK NI PULAK YE, TAK SABAR NAK PERGI TOLONG MASAK KENDURI...KAK NI KAN RAJIN DATANG TOLONG KALAU KITA BERKENDURI, KITA YANG TAK MERASA NAK TOLONG DIA LAGI...." MANIS LEMBUT TUTUR BAHASANYA TETAPI MENGENA PERASAAN SECARA HALUS.

SUNGGUH TIDAK ADIL BERSIKAP PEPAT DILUAR RENCONG DI DALAM KAN....

IBU/BAPA JUGA INGIN SEKALI CEPAT BERMENANTU SEPERTI KAWAN-KAWAN MEREKA YANG LAIN TAPI KERANA JODOH ANAK MEREKA BELUM TIBA LAGI APAKAN DAYA.
TAKKAN HENDAK DIIKLANKAN PULA.

ANAK-ANAK GADIS SEKARANG BUKAN SEPERTI ERA 70-AN, 80-AN, 90-AN TAPI ERA ALAF BARU YANG PUNYAI KUALITI DIRI YANG TINGGI, BERILMU, BERJAWATAN TINGGI, BERDIKARI. SOAL MENENTUKAN PASANGAN HIDUP BUKANLAH PENTING DAN PERLU DIUTAMAKAN.

TIDAK SALAHPUN MENYERAHKANNYA KEPADA TAKDIR JODOH PERTEMUAN....

5 comments - "SUDAH KAHWIN KAH BELUM?"

Irfa delete icon 15 August 2013 at 11:29

mmg panas telinga wpun bukan kena kat saya
itu rahsia Allah,siapa kita nak mempersoalkan jodoh org

paridah delete icon 15 August 2013 at 12:07

betul tu irfa...menjengkelkan sungguh sikap begini....tq irfa

nohas delete icon 15 August 2013 at 14:17

Kadang-kadang mereka yg bercakap ni tidak memikirkan perasaan orang lain, ingat nak beramah-tamah..berdiam diri itu lebih baik kan..

paridah delete icon 15 August 2013 at 15:09

gitulah nohas kalau bercakap ikut sedap mulut saja tanpa berfikir terlebih dulu....tq nohas

isnie delete icon 30 January 2014 at 16:50

Ade yg membandingkan dgn diri mereka.. contohnya.. aku umur macam ko ni dah anak dua dah..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”