بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

SIFAT MALU....

Orang barat ada menafsirkan malu adalah sebahagian dari gangguan psikologi atau gangguan jiwa. Tetapi di dalam Islam, malu itu ditafsirkan oleh Imam Nawawi di dalam Syarh Muslim iaitu satu sifat yang terpuji yang boleh memberi kesan kepada kita meninggalkan dosa-dosa. Ini membawa maksud malu yang dimaksudkan disini adalah malu melakukan dosa kerana Allah melihat setiap perbuatan kita.

Kelebihan sifat malu paling besar ialah DUA perkara :

1- Iman makin mantap. Ini sesuai dengan hadith dari dua kitab hadith yang paling sahih “Iman itu lebih 70 cabangnya, paling tinggi lafaz LAILAHAILLAH, paling rendah sekali ialah mengalihkan duri dari memudaratkan orang”. Ertinya malu sebahagian dari iman dan termasuk di dalam lebih 70 cabang iman tersebut.

2- Kebaikan seluruhnya. Orang yang malu pada ertikata yang sebenarnya mendapat kebaikan. Hadith sahih bermaksud “Sifat malu itu semuanya adalah kebaikan”. Ertinya kalau kita malu nak melakukan dosa, malu mendedahkan aurat, malu memakai benda2 yang diharamkan, kita beroleh kebaikan bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

SALAH FAHAM MALU

Ada beberapa perkara yang patut dielakkan iaitu :

1-Malu menuntut Ilmu.

2-Malu membela kebenaran.

Ibnu Solah menyebut bahawa perkara tersebut bukan kategori malu tetapi masuk di dalam kategori ‘pengecut’ dan menghinakan dirinya sendiri. Islam sama sekali tidak pernah mengajar umatnya malu menuntut ilmu dan membela kebenaran.

Kalau kita lihat dan perhatikan di dalam kitab-kitab Feqah, banyak soalan yang pada anggapan kita ‘luar biasa’ diajukan kepada isteri dan Baginda. Kita ambil contohnya Abu Musa Ays’ari pernah bertanya kepada isteri Baginda, Aisyah dengan solat yang mewajibkan mandi. Lalu Aisyah menjawab “jika terkumpul 4 kaki (berjimak/bersetubuh), khitan bertemu khitan, maka wajiblah mandi”. Pada anggapan kita, soalan begini ‘sensor’ dan tidak boleh, tetapi di dalam agama ia termasuk soalan hukum hakam yang wajib kita ketahui.

Satu lagi contoh apabila muslimat Ansar bertanya kepada Baginda “Ya Rasulullah, Allah tidak pernah malu perkara yang benar, adakah perempuan yang bermimpi juga diwajibkan mandi? Baginda menjawab : (Ya) apabila ia terlihat air”. Perkara begini sangat pelik bagi wanita sekarang kerana tidak pernah tahu perempuan juga wajib mandi disebabkan ihtilam (mimpi basah) sama seperti lelaki.


“Hadith Baginda telah menceritakan 1400 tahun yang lalu…”

Akhir kata, malunya kita menuntut ilmu hanya kerana benda-benda sebegini menyebabkan kita bertambah jahil dan bertambah tidak tahu hukum hakam di dalam kitab feqah.

Wallahua’lam


4 ulasan - "SIFAT MALU"

nohas delete icon 24 Ogos 2013 12:33 PTG

Malu sifat yg mulia...sekarang ni anak2 gadis (bukan semua lah) mcm dh hilang sifat malu..boleh bersembang, gelak kuat2 di khalayak ramai, kita yg tengok pulak rasa malu..

paridah delete icon 24 Ogos 2013 2:09 PTG

kita yg malu mliht mrk yg xtau malu yer....tq nohas

Tanpa Nama delete icon 27 Ogos 2013 10:40 PTG

Ya Ida.. MEREKA MALU UNTUK MELAKUKAN PERKARA BAIK TETAPI X TAHU MALU BUAT KERJA TAK BAIK.

MOGA DIJAUHKAN ANAK2 DAN KELUARGA KITA SIFAT2 BEGINI...

paridah delete icon 30 Ogos 2013 5:24 PTG

BETUL TU LELA KITA SELALU MENDOAKAN ANAK2 KITA DIBERIKAN KEBAIKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, BUKAN MELAKUKAN KEBURUKAN YG X DINGINI

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”