بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
KITA MERASA SERONOK SEKALI DAN TUMPANG BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN IBU/BAPA MENDIDIK KESEMUA ANAK-ANAK YANG MEREKA MILIKI HINGGA KE MENARA GADING DAN MENJADI MANUSIA BERGUNA. WALAU BUKAN MUDAH MELAKUKANNYA KERNA SENTIASA ADA ARAL GALANGAN DAN DURI YANG MENYAKITI SEPANJANG PROSES PENDIDIKAN, PEMBELAJARAN ANAK-ANAK KITA ITU.....

SEPERTI ADIK KEDUAKU HANYA SEORANG GURU TADIKA KEMAS DAN IBU TUNGGAL SETELAH SUAMINYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA; MENINGGAL DUNIA DENGAN MEWARISKAN KEPADANYA LIMA ORANG ANAK YATIM YANG MASIH KECIL...


PUTERI PUTERI YANG CANTIK BERSAMA BONDA KESAYANGAN DAN PUTERA KACAK NAN SEORANG.

BERKAT KESUNGGUHAN DAN KEAZAMANNYA INGIN MELIHAT ANAK-ANAKNYA BERJAYA DI DALAM PELAJARAN WALAU SESUKAR MANA PERIH KEHIDUPANNYA DILALUI JUGA TANPA MENGABAIKAN KEPERLUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAKNYA WALAU SEKADAR SEADANYA. KOS MEMBIAYAI PELAJARAN ANAK-ANAK DI PERINGKAT TINGGI MEMANG TIDAK SEDIKIT. JAWABNYA IBUNYA YANG BERPENDAPATAN KECIL TIDAK MAMPU BERSALIN PAKAIAN BARUPUN

KESEMUA ANAK-ANAKNYA YANG SANGAT COMEL TIKA KECIL BERJAYA KE IPT DAN MENDAPAT PERKERJAAN YANG BAIK. ANAK BONGSUNYA PULA SEDANG MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN DI LONDON

SEORANG KAWANKU YANG BARU BERSARA SEBAGAI GURU TINGKATAN 6 SMK RENEK TERENGGANU JUGA BERJAYA MENGHANTAR 8 ANAKNYA KE IPT SEMENTARA YANG BONGSU PASTI MENYUSUL JEJAK ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAKNYA TIDAK LAMA LAGI. KESEMUA ANAK-ANAK KAWANKU INI MEMPEROLEHI 10A DALAM PEPERIKSAAN SPM MEREKA. SANGAT CEMERLANG SEKALI.  BIASANYA KALAU CEMERLANG DI DALAM PELAJARAN TENTU CEMERLANG JUGA DALAM HIDUP. APATAH LAGI KESEMUA ANAK-ANAKNYA MENDAPAT DIDIKAN ILMU AKHIRAT YANG MANTAP.


PASANGAN PENULIS NOORLAILA GHAFAR BERSAMA SUAMINYA NAWAWEE MOHAMMAD, ANAK-ANAK, MENANTU DAN CUCU-CUCU

TAPI AKU TETAP BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK-ANAKKU YANG SEDERHANA SAJA JUSTERU MEREKA SEMUA BERSEDIA MENEMANI SUSAH SENANGKU SEPANJANG HIDUPKU...

10 ulasan - "IBU DAN ANAK"

~Kak Nah Backyard (^_^)~ delete icon 18 Ogos 2013 10:03 PTG

Alhamdulillah kak..kasih sayang xboleh dijual beli dengan ringgit.selamat hari raya maaf zahir batin =)

paridah delete icon 19 Ogos 2013 9:32 PG

betullah tu Kak Nah jikalau tiada rasa kasih sayang yg membendung ikatan antara kita dan anak-anak langsung tidak bermakna...selamat hari raya maaf zahir batin utkmu sekeluarga jg...

nohas delete icon 19 Ogos 2013 2:15 PTG

Semoga anak-anak tidak melupakan pengorbanan ibubapa mereka bila sudah bekerja & berumahtangga..

paridah delete icon 19 Ogos 2013 2:20 PTG

anak2lh harapan ibubapa setelah mrk tua kelak...mudah2-an anak2 tau mengenang budi...tq nohas

Tanpa Nama delete icon 19 Ogos 2013 9:53 PTG

doa anak2 setlh kita tiada menerangi alam barzakh ibu bapa

Tanpa Nama delete icon 19 Ogos 2013 9:56 PTG

Lela rasa dihargai...
terima kasih pujian dan sanjunganmu Ida. anak2 aset kita, yang bakal mendoakan kita setlh kita kembali kepada-Nya.

paridah delete icon 19 Ogos 2013 10:07 PTG

terimakasih banyak...inn sya Allah harapan ibubapa begitulah...

paridah delete icon 19 Ogos 2013 10:13 PTG

terima kasih lela, bukan setakat sanjungan semata tapi sy menulis untuk memberi inspirasi kpd ibu bapa agar mencontohi kejayaan lela dlm mendidik anak-anak sebaiknya dengan izin Allah jua...

Kesuma Angsana delete icon 20 Ogos 2013 11:10 PG

bahagia nyer rasa kalau anak2 berjaya dan tak melupakan jasa ibu bapa kan !

paridah delete icon 20 Ogos 2013 1:43 PTG

ibubapa sanggup berkorbanapa saja utk anak2 trsayang dgn harapan anak2 tau menilai n menghargainya....tq KA

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”