بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
  • BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI.
    Perbidalan di atas mengingkatkan kita supaya apabila melakukan
    sesuatau perbuatan atau pekerjaan yang baik janganlah berlebih-
    lebihan, tetapi perbuatan atau pekerjaan yang jahat jangan sekali-
    kali kita lakukan. Bagi manusia yang suka berbuat jahat mereka akan ubah maksud perbidalan di atas BUAT JAHAT JANGAN SEKALI ini kepada mereka, kalau dah buat jahat janganlah sekali, teruskanlah berbuat jahat berkali-kali. Ini mungkin untuk disesuaikan dengan perangai buruk mereka itu!
    Bila disebut perbuatan atau pekerjaan yang baik, ia melibatkan semua
    perkara atau benda yang kita buat. Ia termasuk bersahabat, berkasih sayang, makan minum, berbelanja dan apa saja perkara baik yang kita biasa lakukan.
    Dalam bab bersahabat, arwah ayah saya dahulu sering menasihati saya
    supaya jangan terlalu baik sangat dengan kawan-kawan. Katanya, takut nanti datang yang buruk! Memang benar pun, manalah kita tahu hati perut kawan kita itu! Ada seorang tua, semasa saya masih muda, memberitahu saya bahawa kawan atau sahabat ni tak boleh dilayan dan diterima pakai selanjar je. Ada kawan yang layaknya hanya boleh dilayan di tepi jalan kat rumah kita.Sebahagian kecil boleh layan sampai kat halaman rumah. Sedikit-sedikit boleh sampai ke beranda rumah kita dan hanya sebahagian kecil atau satu atau dua orang je yang boleh di bawa masuk ke dalam rumah! Kalau kita layan semuanya sama saja maka kemungkinan besar akan menimbulkan masalah kepada diri dan keluarga kita. Sebabnya, manusia ini berbagai-bagai watak dan perangainya. Ada yang suka mencuri, ada yang suka kacau anak bini orang, ada yang suka mengumpat keji apa saja kekurangan yang dia nampak di dalam rumah kita dan bermacam-macam lagi kerenah dan perangai manusia yang kita tidak ketahui. Jadi, bila berkawan tu berhati-hatilah. Berpada-padalah! Perbuatan kawan makan kawan, kawan tipu kawan, kawan tikam belakang kawan dan macam-macam kejadian yang tidak baik berpunca dari kawan, sering benar terjadi. Oleh itu berpada-padalah bila berkawan atau bersahabat.
    Cinta dan kasih sayang juga adalah perkara yang baik. Cinta dan kasih sayang pada kekasih, buah hati, tunangan dan isteri adalah perlakuan yang baik. Namun ini juga kita kena berpada-pada. Bak kata pantun nukilan saya di bawah ini:-
    Buah kepayang, buah pedada,
    Dimakan Tok Misai, lalu mati;
    Berkasih sayang, biar berpada,
    Taklah merasai, kok berpisah nanti!
    Pendirian saya dengan orang lain mungkin tak sama. Ramai orang muda atau pasangan suami isteri yang sering mengungkapkan perkataan, 'I love you with all my heart!' atau 'Saya cinta kamu dengan sepenuh jiwa raga'.
    Bagi saya tak payah sebut 'with all my heart' atau 'sepenuh jiwa raga' tu. Kata 'I love you' atau 'Saya cinta kamu' dah cukup bagi saya!
    Takut nanti bila habis kasih sayang, dah tak ada lagi pula yang nak diberikan pada pasangan kita tu. Bila tengah sayang 100% panggil 'Darling', bila dah habis kasih sayang dipanggil pasangannya 'Maling' lak. Saya selalu berterus terang pada isteri mengatan kepadanya, bahawa saya hanya menyayanginya 80%. Dia tanya saya, "Kenapa tak menyayangi saya 100%?" Saya jawab, "Yang 20% itu utk kamu juga." Mana tahu kalau ada apa-apa yg terjadi antara kita berdua, sayang saya kat kamu akan masih ada lagi! Dia nak terima, terimalah. Tak nak terima pun, saya tak boleh buat apa-apa. Dan mungkin ramai juga orang lain yang setuju dgn pendapat saya ni. Itu pun tak mengapa. Kita bebas untuk mengeluarkan pandangan & pendapat kita. Tidak begitu?
    Menyentuh tentang perkara berbelanja ini pun kita kena berpada-pada juga. Walau pun kita ada banyak wang dan boleh berbelanja sesuka hati. Kalau berlaku pembaziran bukankah tidak baik. Agama kita pun melarang perbuatan membazir ini! Kepada yang kurang kemampuan lagilah kena berpada-pada. Ikutlah kemampuan sendiri. Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau gajah berak besar kancil pun nak ikut berak besar maka akan kebebangan juga jadinya. Seperti kata perbidalan orang Minangkabau, 'Kalau pitis sekupang genap, janganlah nak beli kancah berkerawang atau nuri yang pandai bercakap!' Berpada-padalah dalam hal berbelanja ni. jangan orang beli barang yang 'branded' kita pun nak ikut sama. Mati nanti!
    Ini juga cerita tentang orang yang tak berpada-pada dalam membelanjakan wangnya. Cerita ini saya baca di dalam akhbar beberapa tahun dahulu mengenai seorang lelaki Eropah, jutawan, yang telah disahkan oleh doktor perbadinya, mengidap penyakit barah. Doktor itu memberitahu lelaki itu bahawa dia hanya boleh hidup dalam tempoh 6 bulan saja lagi. Kecewa dengan berita itu, mulai dari hari itu setiap malam dia mengadakan parti atau pesta besara-besaran di rumahnya dgn menjemput ramai kawan-kawannya. Apabila sampai enam bulan dia masih hidup lagi tetapi wangnya yang berjuta sudah habis dibelanjakan utk berparti. Diceritakan, lama juga dia hidup muflis sebelum dia betul-betul menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa tahun selepas itu. Inilah padahnya bila tidak berpada-pada dalam berbelanja.
    Dlam hal makan minum pun kita kena berpada-pada. Bila makan dan terasa kenyang je, kena berhenti. Agama pun menyuruh kita begitu! Kalau diteruskan juga, kerana makanan tu sedap sangat ke, ia boleh membawa kemudaratan kepada diri kita. Kita juga kena berpada-pada dalam memilih makanan. Makanan-makanan segera ini eloklah dikurangkan kalau tak boleh diketepikan langsung' Kalau kita sering makan makana segera ni kemungkinan kita juga boleh segera mati. Sebab doktor kata semua penyakit berpunca dari apa yang kita makan! Doktor jua kata kalau nak terus sihat, makan hanya sampai 80% (eat only 80%).
    Kesimpulannya, dalam apa juga perkara atau perbuatan baik yang hendak kita lakukan, kenalah sentisa berpada-pada.
    Tentang bab BUAT JAHAT JANGAN SEKALI tu tidak payahlah saya nak sentuh panjang lebar. Setiap benda yang jahat dan tidak baik seharusnya kita hindarkan diri kita dari melakukannya. Perbuatan jahat, keji dan hina memang tak elok kita lakukan. Namun ada ketikanya kita, termasuk saya sendiri, tak dapat mengawal emosi. Maka kita pun melakukan perkara yang buruk dan jahat tu. Itulah lumrah manusia, kerap gagal mengawal perasaan sendiri! Bila keadaan ini berlaku, banyak-banyaklah beristighfar!!
    Itulah kisahnya. Tammatul kalam di sini

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”