Wednesday 26 June 2013

SAKIT SUNGGUH...

TERLANJUR REPLY KOMEN KAWAN-KAWAN YANG MENGUNJUNGI LAMANKU DI LAMAN MEREKA LANGKAHKU TERUS MENYUSURI RUANG MAYA MENEMUI KENALAN BARU DI LAMAN ITU DAN SETERUSNYA.

KEBANYAKANNYA BLOG-BLOG INI DIPUNYAI IBU-IBU MUDA YANG MENGONGSI CERITA MEREKA BERSAMA ANAK-ANAK KESAYANGAN MEREKA. HATIKU TERHARU MELIHAT GAMBARAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI ANTARA IBU DAN ANAK.

PERASAAN KASIH SAYANG IBU/BAPA TERHADAP ANAK-ANAK SEBENARNYA JUSTERU ALLAH TELAH MENCAMPAKKANNYA KE DALAM HATI NUBARI MEREKA YANG BERGELAR IBU/BAPA KATA SEORANG USTAZ.

PABILA MUTAKHIR INI MEDIA-MEDIA MEMAPARKAN KEZALIMAN IBU ATAU ORANG DEWASA YANG SANGGUP MENYIKSA DAN MENDERA ANAK-ANAK KECIL HATI KITA TENTU TERSENTUH SEKALI DAN TERASA SEOLAH KITA YANG DISAKIT BEGITU TERUK SEKALI.


Sejak kebelakangan ini, trend teman lelaki mendera anak teman wanitanya, seorang ibu tunggal, makin menjadi-jadi. Penderaan itu membawa luka yang parah dan amat sakit untuk ditanggung oleh anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu dan kes yang lebih tragik membawa kepada kematian.
Terbaharu, seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mendera anak teman wanitanya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kematian dan dikebumikan di kaki Gunung Brinchang, Cameron Highlands. Kanak-kanak berkenaan dikatakan mati setelah mengalami lelah dan muntah akibat dipukul dengan kayu.
Semalam juga, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui dalam keadaan sangat lemah kerana dibiarkan berlapar di dalam rumahnya di Taman Perumahan Gong Badak di Kuala Terengganu. Dia dipercayai menjadi mangsa dera bapa tirinya, yang baru 10 bulan berkahwin dengan ibunya. Dia bukan saja tidak diberi makan tetapi dipukul dan dicucuh puntung rokok. Banyak kesan lebam, bengkak, bernanah, melecur di bahagian perutnya.
Sebelum itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun juga berjaya diselamatkan atas aduan orang awam setelah dipercayai menjadi mangsa dera rakan lelaki ibunya di Bukit Chendering, Terengganu.
Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan sebelah kakinya berwarna kehitam-hitaman dan berbau busuk dipercayai akibat terkena objek panas setelah seminggu dibiarkan begitu


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_03/Sanggup-si-ibu-biarkan-anak-menderita#ixzz2XIf3C23k
© Utusan Melayu (M) Bhd 


APAKAH PERASAAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN TIDAK LANGSUNG MEMBEKAS DI HATI MEREKA YANG TERLIBAT MELAKUKAN KEKEJAMAN TERHADAP ANAK-ANAK KECIL YANG TENTUNYA TIDAK BERDOSA ITU?

AKU SENDIRI PERNAH MERASA KEHILANGAN KERANA TIDAK DAPAT MENJAGA, MENDIDIK, MEMBELAI, MEMESRAI, MENGASEHI ANAK-ANAKKU DENGAN SANGAT SEMPURNA TIKA MEREKA KECIL  KERANA SAKIT LUMPUH SEPARA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA.

ANAK-ANAKKU PERNAH BERSUNGUT; JIKALAU IBU TIDAK SAKIT  TENTU KITA TIDAK BEGINI, SETIAP KALI CUTI IBU AKAN BAWA KITA JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN DAN MACAM-MACAM YANG KITA LAKUKAN BERSAMA. KINI IBU SAKIT DAN KITA TIDAK DAPAT SEPERTI DULU LAGI.

ITU CERITA DULU-DULU. ANAK-ANAK KECIL ITU KINI DEWASA SEADANYA SEPERTI MEREKA YANG MILIKI IBU/BAPA YANG NORMAL...NAMUN AKU SENTIASA MERASA KESAL  KEHILANGAN YANG AMAT SANGAT KERNA TIDAK DAPAT MENCURAHKAN KASIH SAYANG MILIKKU TERHADAP ANAK-ANAK KESAYANGANKU TIKA MEREKA SANGAT MEMERLUKANNYA...

4 comments:

  1. Apa yg kakak hairan tu Ida apa agaknya kriteria yg membuat si ibu itu sanggup menikah dgn lelaki itu utk mengganti suami yg telah pergi. Anak dah kena dera macam tu sekali, bahkan diri sendiri sampai patah tangan pun masih nak lagi duduk - tak terfikir nak report?

    Sedihnya bila naif terlalu naif. Agama dipinggirkan biasanya lalu jadi macam ini. Sedih:(

    ReplyDelete
  2. tahlah Kakzakie sy xreti nk kata apa tentg ibu-ibu sebegini, apakah persepsi mrka tentang cinta yg dipertahankn sehingga sanggup membiarkan darah daging sendiri dan diri dikhianati...Allah juga mengharamkan diri kita disakiti dan menyakiti....habis kenapa perlu biarkan berleluasa terjadi...

    ReplyDelete
  3. Assalam..tersentuh hati membaca kisah puan..kasih sayang itu tak semestinya dizahirkan dengan sentuhan, belaian..susah payah mengandung, melahirkan serta doa seorang ibu itu yg paling utama bagi anak2..priceless..

    ReplyDelete
  4. wsalam nohas...kasih sayang jikalau dizahirkan dgn sentuhan belaian mesra tentu sgt bermakna buat anak2 kecil yg mendambakannya begitu apalagi disertai dgn iringan doa-doa...tq nohas

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist