Friday 7 June 2013

P.RAMLEE....DATO' IDRIS BUANG

ADAKAH P RAMLEE MASIH HIDUP? Kekayaan seni muzik dan lagu2 nukilan Allahyarham P Ramlee adalah ilmu yang boleh dipanjangkan lagi berpanjangan seakan-akan ianya suatu "perkara yang hidup" yang masih hidup dan enggan "pergi". Ternyata ianya ( hasil ilham dan karia2 nya) adalah suatu anugerah Ilahi kepadanya yang sentiasa 'versatile dan dinamis' untuk diperluaskan . Hasilnya antara lain adalah, terbitan2 'rap dan blues' kontemporari bersesuaian dengan zaman remaja kini.Saya kagum melihat betapa jauh sudah agaknya perjalanan ilmu muzik dan lagu2 P Ramlee ini, walaupun zaman telah berlipat lalu dengan begitu tebal seolah-olah memori kita tentang dirinya dan hiburan2 persembahannya enggan kabur langsung. Bayangkan betapa banyaknya lilitan bumi keatas matahari sudah berlalu sejak cerita Bujang Lapok dsbgnya hingga ke saat ini, begitu jauhlah sudahnya memori kita berkaitan dengan karia2 Allahyarham. Namun mendengar alunan muzik dan lagunya menunggang gelombang udara atau menjenguk imej2 karakter2 dalam cerita rekaannya sekali sekali (walaupun dalam bentuk terbitan baru alaf baru) membuatkan saya merasa P Ramlee seolah-olah masih HIDUP bersama cerita & muzik-muziknya itu. Hanya, selepas pergi buat selama- lamanya Si Sudin baru2 ini, maka timbul pulak pantulan nostalga menggamit perasaan menyedarkan saya iaitu Bujang Lapok , Do Re Mi serta Labu dan Labi adalah imej2 karakter2 & karianya sahaja dan bukan lagi dia atau mereka ( kecuali Aziz Satar dab beberapa orang lagi 'sahabat2 layar peraknya' yang masih bersama kita, semoga dipanjangkan umur ) sebagai manusia yang mempunyai nyawa lagi. APA YANG PASTI ialah P Ramlee adalah seorang sahaja dalam banyak sekali orang dalam dunia filem ini yang boleh di gelar penghibur melayu 'ALL-TIME' bukan hanya "old-time" yang mengharumkan nama Malaysia dalam dunia seni muzik dan filem peringkat Global. Namun, lebih dari itu P Ramlee dan hasil2 seninya , telah dan masih memberi impak dalam hidup semua lapisan masyarakat warga Malaysia pelbagai kaum untuk bersenanghati mengaitkan samada muzik,lagu atau cerita2 P Ramlee sebagai 'titik minat persamaan' atau "common interest" dildaam perbualan,persembahan,interaksi sosial mereka dsbgnya. Maka , boleh kita katakan P Ramlee hingga kini masih "menyumbang" menghibur serta merapatkan perpaduan masyarakat Malaysia yang majmuk ini sambil bangga menampilkan diri masing2 sebagai warga Malaysia yang ' versatile & dinamis' juga. Sekian, coretan pasca subuh saya dihari yang Mulia ini, Jumaat 6 Mei 2013. Mrilah kita sama2 menghadiahkan AlFatihah buat Allahyarham.Aameen. Wslm n semoga sukses hari ini dengan agenda masing2.IDRISBUANG,Kuching,Sarawak.

RENCANA DATO' IDRIS BUANG YANG DI COPY PASTE DARIPADA WALL FB BELIAU.



PIC GOOGLE

2 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist