بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


  1. Nukilan dari, USMAN AWANG - "MELAYU JOHOR"

    Melayu Johor,
    Telah terlalu banyak kita kehilangan,
    Sawah ladang bertukar tangan,
    Pekan dan bandar kita menumpang,
    Teluk Belanga entah ke mana,
    Yang tinggal hanyalah pakaian,
    Sedarah sedaging hampir hilang,
    Yang ada hanyalah setulang,
    Selat Teberau kian sempit,
    Hati rindu jauh tergamit.

    Di Johor
    Jawa itu Melayu,
    Bugis itu Melayu,
    Banjar itu Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Aceh dan Siak adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai lebih Melayu,
    Arab dan Turki pekat Melayu,
    Mamak dan Malbari jadi Melayu,
    Malah mualaf bertakrif Melayu.

    Melayu itu maknanya bijaksana,
    Jika menipu pun bersopan,
    Kurang ajarnya tetap santun,
    Dajalnya cukup selamba,
    Budi bahasa jangan dikira,
    Beraninya cukup benar,
    Tunduk bila bersalah,
    Lembutnya cukup jantan.

    Setia sampai ke kubur,
    Biar mati adat jangan mati sahabat.

    Anak Johor,
    Luka di Tanjung Putri,
    Parutnya di Parit Raja,
    Muka biar berseri,
    Mulut biar berbahasa.

    Berkelahilah cara Melayu,
    Menikam dengan pantun,
    Menyanggah dalam senyum,
    Marahnya dalam tertawa,
    Merendah bukan menyembah,
    Meninggi bukan melonjak.

    Watak Melayu menolak permusuhan,
    Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
    Kasih sayang kekeluargaan,
    Ringan tulang saling bertolongan,
    Jujur memaafkan,ikhla s memberikan.

    Berdamailah cara Melayu,
    Silaturahim yang murni,
    Di mulut sama di hati,
    Maaf sentiasa bersahut,
    Tangan di hulur bersambut,
    Luka pun tidak lagi berparut.

    Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
    Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan.

    Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
    Sifat terpuji setiap insan,
    Bermuafakat supaya berkat,
    Bersaudara dunia akhirat,
    Berikhtiar dengan tabah,
    Kepada Allah berserah.


    SASTERAWAN NEGARA INI PERNAHKU KENALI SECARA PERIBADI PADA ZAMAN PERSEKOLAHANKU LEWAT SURAT-SURAT YANG DIKIRIM KEPADAKU SAHABAT PENANYA. BELIAU JUGA BERMURAH HATI MENGIRIM KEPADAKU BEBERAPA BUAH BUKU ULASAN SASTERA TENTANG KARYA ANTOLOGI SAJAK DURI DAN API, JUGA NOVELNYA TULANG-TULANG BERSERAKAN...BERTUAHNYA AKU KERNA MILIKI SECEBIS KENANGAN INDAH YANG JADI KEBANGGANKU DENGAN SESEORANG. APA LAGI SEORANG SASTERAWAN NEGARA.

    KEHILANGAN SASTERAWAN WIBAWA INI SANGAT DIRASAKAN...APAKALA MEMBACA PUISI-PUISINYA HATI TERSENTUH SEKALI DAN TERBUAI KEINDAHAN GUBAHAN BAHASANYA YANG MENGUNGKAP MAKNA TERSURAT ATAU TERSIRAT....

    ALFATIHAH



2 ulasan - "MELAYU JOHOR....SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG/TONGKAT WARRANT"

Minda Kronik delete icon 11 Mei 2013 10:31 PTG

Negara tiada sasterawan pelapis sehebat arwah...

paridah delete icon 12 Mei 2013 5:41 PG

assalam Minda Kronik... sasterawan sebenar memang boleh dikira dengan jari n punyai idea jg gaya tersendiri tp nilai seorang Usman Awang hanya seorang. tksh sudi singgah ke laman kak n jd followers...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”