بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
MEE GORENG, MEE REBUS, MEE KUAH ATAU SEGALA JENIS CARA MEMASAK MEE MEMANG ENAK DAN MENYELERAKAN. BEGITU JUGA MIHUN, KUE TEOW, SPAGETTI, MACARONI DAN BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG TERGOLONG JENIS MEE..

PIC IDA ZURAIDA DAN RAKAN-RAKAN FB
Makaroni                                       Mi goreng                    


Mi goreng berkicap.

Kuewtiau goreng.


Mihun goreng berserta keropok.

Mihun goreng telor mata lembu.

Mee kari udang.
Sedapnya kalau dapat makan mee kari udang dengan udang-udangnya yang besar begini.

RESEPI MEE KARI UDANG DARIPADA BLOG DAPUR MASAKAN

TERIMA KASIH BERKONGSI RESEPI.

BAHAN-BAHAN
  • udang 1/2 kg
  • mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
  • rempah kari 2 senduk kecil
  • cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
  • bawang merah 6 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia 1/2 inci*
  • kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
  • daun kari 1 tangkai
  • tahu kering (yg macam dlm pic tu)
  • udang kering sikit*
  • asam keping dlm 2,3 keping
  • pati santan  @ kelapa parut sebijik
  • Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api 
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumbuk bahan *
  2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
  3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. Tapi pic kat atas tu tak buang kulit sebab M..
  4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
  7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.

26 ulasan - "MEE MIHUN KUETEOW...PILIH PILIH JAMU SELERA"

babYpose delete icon 5 Jun 2014 1:52 PTG

wah sedapmya mee, kuey teow, mee kari biasa makan, mee kari udang belum:) Kak PI, saya dah poslaju hari ni, saya buat giveaway bila-bila nanti, harap sudi join lagi :))

Aku Penghibur delete icon 5 Jun 2014 3:59 PTG

perghh mee yng ada udang tu mengancam lagi..sedap kalau dapat makan

paridah delete icon 5 Jun 2014 4:19 PTG

sedap2 semua tu babYpose...yeke terima kasih banyak2..kalau ada lagi GA anjuran babYpose insya Allah kak sertai utk meriahkannya..

paridah delete icon 5 Jun 2014 4:24 PTG

mee udang besar gitu kena cari di kuala kurau perak acik sbb di sana banyak udang gitu...tq acik Aku Penghibur.

Sylarius Yusof delete icon 5 Jun 2014 5:03 PTG

Banyak-banyak mee, saya cuma tau buat goreng dengan sup je. Yang lain, haram saya tak tau. Haha

Fiza Rahman delete icon 5 Jun 2014 5:30 PTG

Sumanya sedap². Kecur ailio ☺

paridah delete icon 5 Jun 2014 6:08 PTG

boleh cuba buat mi kari udang pula sedap tu...tq Sylarius Yusof.

paridah delete icon 5 Jun 2014 6:10 PTG

ya pilih2 yg mana teringin...tq Fiza Rahman.

Ibnu Ramli delete icon 6 Jun 2014 12:51 PG

resepinya semua dah ada dalam internet, tinggal rajin ke tak sahaja nak explore hehe

nohas delete icon 6 Jun 2014 12:52 PG

Sedapnyaa...mcm2 pilihan..Alhamdulillah...

Purnomo Jr delete icon 6 Jun 2014 9:55 PTG

Saya kebetulan suka mie berkuah :)

Sobri Yaacob delete icon 7 Jun 2014 9:08 PG

sedap dan plbagai pilihan..
menabung :)

Yun Sing delete icon 7 Jun 2014 12:57 PTG

Waa.. sedapnya. Lama tak makan mee.. nasi je kem satu minggu ni -,-"

Nick Nashram delete icon 8 Jun 2014 8:18 PTG

mee bandung takde eh.
duk kat johor tiap2 pagi kot makan mee bandung..huhu

Khai♥Rin : anies delete icon 9 Jun 2014 11:11 PG

apa sahaja jenis mi, sy mmg suka yg berkuah...baru berselera...

BUNDA a.k.a KN delete icon 9 Jun 2014 3:04 PTG

Bunda pun suka jenis2 mee ni...tapi tak boleh makan banyak...angin perut..tak tahan..
Kalu bihun okay lagi...

paridah delete icon 9 Jun 2014 4:59 PTG

samalah kita...perut dh xdpt terima mi lagi...tq BUNDA aka KN.

paridah delete icon 9 Jun 2014 5:01 PTG

sedap menghirup kuahnya kan...tq Khairin anies.

paridah delete icon 9 Jun 2014 5:03 PTG

mee bandung kat johor femes ya...sedap tu...tq Nick Nashram.

paridah delete icon 9 Jun 2014 5:07 PTG

yun sing kena masuk kem....xpalah demi kebaikan tu...tq Yun Sing. nanti lepas keluar kem boleh cari mee pula.

paridah delete icon 9 Jun 2014 5:09 PTG

senang nk pilih mana satu kan...tq sobri rajin menabung.

paridah delete icon 9 Jun 2014 6:15 PTG

ya mudah saja nk dpt resepinya la ni....tq Ibnu Ramli.

paridah delete icon 9 Jun 2014 6:23 PTG

pilihan perlu ada selera kita kan berbeza...tq nohas..

paridah delete icon 9 Jun 2014 6:26 PTG

mi berkuah mmg sedap sbb tentu xkering sangat...tq Purnomo Jr.

Yun Sing delete icon 9 Jun 2014 9:08 PTG

ye.. kem 2 minggu dekat sekolah ^_^ Nasi kandar satu bungkus tu besar :3

paridah delete icon 10 Jun 2014 10:19 PG

yeke...nasi kandar sedapp tu...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”