بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




ASSALAMUALAIKUM...
republish..

Banyak faedahnya kerana aktif dalam persatuan belia felda ni. Sentiasa ada peluang untuk menyertai aktiviti yang tidak terduga. Aku dipilih berseminar di KL, bersama Md. Amin selaku naib pengerusi persatuan belia 4B di sini.aku pula adalah setiausahanya.

PIC EYDDA HASHIM


Wilayah felda pahang tengah diwakili aku dan
dua orang lagi belia drpd kg. awah. kami dibawa ke KL menaiki landrover felda dengan ditemani En. Zainudin Yunus seorang pegawai sdo felda wilayah Phg tgh.Teruja sungguh dengan pengalaman baru ini. Seminar dirasmikan Abdullah Ahmad Badawi mantan pm yang tika itu ketua setiausaha kementerian belia dan sukan. Tun Abdulah tika itu sangat kacak tampan sekali. Kami perserta2 seminar berpeluang bergambar dengan beliau.
by Paridah Ishak (Notes) on Wednesday, May 25, 2011 at 5:34am


MUSSALMAWATIE DAN WARTAWAN

Beliau adalah rakan baikku ketika berseminar di YMCA KL. Seminar belia felda; berasal dari felda lurah bilut. Seorang yang sangat baik dan rapat denganku. Kemana saja berpergian mesti hendak bersama dengannya. Maklum akupun tidak biasa dengan maajlis begini.Perk sedikit. Sedang kami sibuk berseminar muncul pula seorang wartawan yang berhasrat menemuramah kami untuk bahan berita majalah yang diwakilinya. Aku dan mussalms pun bercerita tentang kegiatan belia di tempat kami, dalam kesibukan dan kesuntukan waktu untuk memenuhi acara yang disusun tidak sempat pula hendak bertanya kepada wartawan itu tentang majalah yang diwakilinya dan bilakah tulisannya tentang kami akan disiarkan



WAJAH DI DALAM KELONGSONG KERTAS...


by Paridah Ishak (Notes) on Thursday, May 26, 2011 at 5:37am
Telah berlalu cerita itu sehingga beberapa bulan kemudian bapa membawa pulang sehelai kertas majalah yang diberi seorang rakannya.
 Tertera gambar aku dan mussalma di dalam kertas itu.Kata bapaku rakannya menemui kertas itu berlapis di dalam kelongsong kertas barang yang dibelinya di kedai PNF.kesian kan...gambar aku dan Mussalma terperosok di dalam kelongsong pembungkus barang. Tapi ok lah juga dapat menatap gambar sendiri di dalam cebisan majalah. Terimbau kembali kenanganku bersama Mussalma dan peserta2 seminar di K l dulu. Momen yang sangat menggembirakan. Mussalma kini seorang pegawai felda.


2 ulasan - "WAJAH DI DALAM KELONGSONG KERTAS"

Kesuma Angsana delete icon 9 April 2013 3:34 PTG

terkenang semasa dululah ni yer kak

paridah delete icon 9 April 2013 5:09 PTG

ye KA selak catatan lama...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”