بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
APA YANG DATANG KE DALAM FIKIRAN ANDA SEKIRANYA SEDANG SENDIRIAN MENGADAP LAUTAN YANG LUAS TERBENTANG? YANG PASTI TENTU TERKESIMA MENGAGUMI KEJADIAN ILAHI YANG MAHA AGUNG. DAN BERPAHALA KERANA MEMANDANG LAUT ITU SUNAT. SUBHANALLAH INDAHNYA CIPTAAN ALLAH.

PIC GOOGLE


DAN KITA MENGIMBAU KEJADIAN MISTERI YANG BERLAKU DALAM LAUTAN YANG 1/3 MELENGKUNGI BUMI INI DENGAN KETERUJAAN KERANA DIKATAKAN BERSANGKUTAN DENGAN JIN. MAKHLUK ALLAH INI TEMPAT TINGGALNYA ADALAH DI  LAUTAN, HUTAN RIMBA DLL TEMPAT YANG KITA TAK DUGA.

PIC FATIMAH ISMAIL FATIMAH


KONONNYA BERMUDA TRIANGLE YANG TERLETAK DI UTARA LAUTAN ATLANTIK ADALAH PUSAT KERAJAAN JIN YANG SANGAT MAJU....KITA TIDAK PASTI KEBENARANNYA. HANYA ALLAH YANG MAHATAHU...


PIC ZUL AMIR

2004 TSUNAMI MELANDA PERSISIRAN PANTAI BARAT SEMENANJUNG DAN MENGAKIBATKAN KEMUSNAHAN NYAWA DAN HARTA BENDA YANG TIDAK SEDIKIT. BEGITU JUGA INDONESIA, THAILAND, INDIA, SRILANKA TURUT MENGALAMINYA. LAUTAN MENGOMBAK HEBAT TANPA DISANGKA-SANGKA.

"HANG TAHU MASA TSUNAMI TU PAK JANG KAT LAUT DEKAT DULANG, OMBAK PUNYALAH KUAT DIA BOLEH ANGKAT PERAHU PAK JANG TINGGI KEMUDIAN DITURUNKANNYA. MACAM TU LAH SAMPAI PAK JANG KE JETI....SYUKUR ALHAMDULILLAH BERKAT DOA YANG TIDAK HENTI PAK JANG SELAMAT....KALAU TAK DAH ARWAH PAK JANG...." CERITA PAK JANG KEPADAKU MENGENANG PERISTIWA ITU MEMBUATKU TERKEDU KERANA MANGSA TSUNAMI RATUSAN RIBU ORANG YANG TERKORBAN. SEOLAHNYA KIAMAT KECIL TELAH BERLAKU.



LAUT DENGAN RAHSIANYA TERSENDIRI. KITA PERLU BERFIKIR TENTANGNYA DAN KAITANNYA MASA DEPAN YANG DIRANCANG ALLAH UNTUK KITA HAMBANYA....

2 comments - "LAUT YANG MELAUT...."

Kesuma Angsana delete icon 30 April 2013 at 15:25

dalam maknanyer ni kak !

paridah delete icon 30 April 2013 at 19:15

sedalam lautannya kot...heh..heh..tq KA

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”