بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
HARI NI HARI MINGGU. HARI DIMANA RAMAI YANG BERCUTI SETELAH LIMA ATAU ENAM HARI BERKERJA DI PEJABAT ATAU DIMANA SAJA. APA KATA MASA SEHARI ITU DIGUNAKAN MENCEMAR DULI KE DAPUR PULA MENYEDIAKAN MASAKAN ENAK UNTUK SANTAPAN KELUARGA TERCINTA. SALING BERTOLONGAN DI DAPUR DI ANTARA SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAK TENTU AKAN MEMPERERATKAN LAGI KASIH SAYANG SEKELUARGA. PILIHLAH RESEPI MENURUT KESUKAAN MASING-MASING. TAPI PIRAMID MAKANANNYA LENGKAP.




pic Kejora hati


pic Emi hamidah


pic Zul Amir
MASAK LEMAK KUNING SIPUT JARUM NI HANYA DIPEROLEHI DI KAMPUNG DENGAN KERAJINAN MEREKA YANG INGIN MENIKMATI KELAZATANNYA. BUKAN SENANG JUGA NAK DAPATKAN SIPUT NI KENA MEREDAH PAYA ATAU SUNGAI-SUNGAI KECIL. NAMUN KALAU MENJADI HIDANGAN TENGAHARI MEMANG TERANGKAT....SEDAP...

UDANG GALAH MEMANG  RAMAI YANG GEMAR AKAN KELAZATANNYA. KALAU DIMASAK GULAI DARAT BEGINI FUH...MENJILAT JARI. APAPUN PILIHAN JENIS MASAKAN CARA MELAYU KAMPUNG ATAU CARA MELAYU BANDAR TERSERAH KEPADA DIRI MASING-MASING DAN BAJET YANG DIPUNYAI. TAPI SESEKALI BERBELANJA LEBIH SEDIKIT MENJAMU KELUARGA TERSAYANG APALAH SALAHNYA YER....

 GAMBAR-GAMBAR MASAKAN ADALAH DARIPADA RAKAN-RAKAN FB TERIMA KASIH BANYAK....

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”