بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


ASSALAMUALAIKUM...

SEDAPNYA KALAU DAPAT MAKAN DURIAN, RAJA SEGALA BUAH INI YER....DURIAN SUDAH BERMUSIM KAH SEKARANG? RASANYA BELUM LAGI KOT. KALAU SEDANG BERMUSIM TENTU MUDAH MENDAPATKANNYA KERANA TERJUAL DIMANA-MANA. MEMAKANNYA BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN PANAS SELURUH  BADAN. MEREKA YANG ADA GEJALA PENYAKIT TIGA SERANGKAI JUGA TIDAK DIGALAKAN MEMAKANNYA.  PENYAKIT APA TU? PENYAKIT KRONIK BIASA  IAITU, SAKIT JANTUNG, DIABETIS DAN DARAH TINGGI. PANTANG TU...MUNGKIN KERANA KANDUNGAN GULANYA YANG TINGGI AKAN MENJEJASKAN TAHAP KESIHATAN PENGIDAP PESAKIT YANG BEGITU.
pic selendang delima


PIC QASEH SHA ABDULLAH


BETIK JUGA TIDAK KURANG LAZATNYA. RASANYA YANG MANIS BERSAHAJA DAN PUNYAI BANYAK KHASIAT TERUTAMA MEMUDAHKAN PENCERNAAN. BOLEH JUGA BERULAMKAN PUCUK BETIK MUDA SEKIRANYA INGIN MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI. RASANYA AGAK PAHIT SEDIKIT. TAPI PAHIT KAN UBAT...MUJARAB LAGI. BUAHNYA YANG SEDANG-SEDANG MENGKAL TUA ENAK DIJADIKAN SAYURAN. RAMPAIKAN DENGAN UDANG, SOTONG, IKAN BILIS DLL PASTI LAZAT. 





WAH! PISANG EMAS INI MASAK MENGUNING DI POHONNYA. NAMPAK SEGAR AMAT. TAPI KALAU TERJUMPA DEK MONYET DAN BURUNG-BURUNG MEMANG TIDAK SEMPAT DIBAWA BELAYAR LAGI SEPERTI KATA PANTUN MELAYU, PISANG EMAS BAWA BELAYAR. MASAK SEBIJI DI ATAS PETI...............................
KHASIAT TENTANG PISANG TERSANGATLAH BANYAK. SEBAB ITU ORANG TUA DAHULU MEMBERI BAYI MEREKA MAKAN PISANG EMAS YANG DILENYEK. YANG INGINKU KONGSIKAN CUMA KHASIAT KULIT PISANG. TERNYATA BERGUNA UNTUK MENGHILANGKAN PARUT AKIBAT KECELAKAAN JIKA DISENTAL BERULANG KALI DENGAN BAHGIAN ISI KULIT PISANG YANG LEMBAB ITU.



YANG NI DURIAN BELANDA. RASANYA ADA YANG MASAM, ADA YANG MANIS. DAN ADA YANG PUNYAI GABUNGAN KEDUA-DUA RASA. SEDAP DIMAKAN SEGAR ATAU DIBUAT JUS. BOLEH JUGA YANG AGAK MENGKAL DIGORENG SEPERTI KELEDEK. BANYAK BETUL POHON INI TUMBUH DI DUSUN-DUSUN SEHINGGA ORANG KAMPUNG TIDAK MEMPERDULIKANNYA. MUTAKHIR INI RAMAI YANG MENGETAHUI BUAH INI BOLEH MENJADI PENAWAR KENSER. KALAU DULU TIDAK BERHARGA DAN TIDAK DIPEDULI KINI SEBALIKNYA. SENTIASA DICARI DAN HARGANYA MAHAL JUGA.


PIC QASEH SHA ABDULLAH



16 comments - "BUAH-BUAHAN TEMPATAN ENAK LAGI BERKHASIAT..."

Irfa delete icon 25 April 2013 at 09:00

3 tandan pisang di belakang dapur saya masih belum masak..kalau masak mmg tak abis makan.insya Allah ada rezki utk jiran2 ;)

paridah delete icon 27 April 2013 at 09:18

wah banyak rezeki irfa dan boleh dikongsi dengan jiran2 berhampiran....tq irfa

babYpose delete icon 22 May 2014 at 15:16

sedapnya durian, gaul dengan nasi pun sedàptapi suka ratah tapi tak cukup seisi keluarga :)

ANAK KUALA delete icon 22 May 2014 at 16:05

As Salam Kak...betik yang kuning tu...betik apa kak...pernah tengok tapi tak tau namanya..

Aku Penghibur delete icon 22 May 2014 at 21:48

dunia terbaik.. memang sedap!!!!!!

Yun Sing delete icon 22 May 2014 at 23:46

Tadi baru je makan durian.. Hmm.. kenapa pisang belanda dinamakan sebegitu rupa ea? Ada kaitan dengan Sejarah dulu-dulu ke?

Sobri Yaacob delete icon 23 May 2014 at 01:09

suka buah-buahan tempatan.. sedap dan byak khsiat

Qaseh Vee delete icon 23 May 2014 at 13:20

durian belanda tu buat ais krim pun sedap ...

paridah delete icon 23 May 2014 at 14:50

yeke kena cuba tu...tq Qaseh Vee

paridah delete icon 23 May 2014 at 14:55

buah2 tempatan ada di sekitar kita n segar lagi...tq Sobri Yaakob.

paridah delete icon 23 May 2014 at 15:04

bukan pisang belanda tapi durian belanda...agaknya orang2 belanda sukakan durian yg durinya tak tajam mcm durian biasa kot...biasala org dulu2 suka menamakan sesuatu mngikut apa yg dilihat mrk..tq Yun Sing.

paridah delete icon 23 May 2014 at 15:07

yes terbaik n sedap...tq acik Aku Penghibur.

paridah delete icon 23 May 2014 at 15:10

wsalam dik...kak lagila xtau xpernah tengok pun...jumpa pic kat fb kot...tq Anak Kuala.

paridah delete icon 23 May 2014 at 15:14

yala makan nasi dgn durian pun sedap...kak mmg suka...tq babYpose

Pha Is delete icon 24 May 2014 at 04:59

kat rumah saya banyak ada tanam pokok pisang...

paridah delete icon 24 May 2014 at 07:43

senang nk makan pisang n xpayah dibeli...tq Pha Is.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”