بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..

Republish.

Ikan oh ikan kenapa tidak timbul
bagaimana aku nak timbul rumput panjang sangat...



Demikian antara bait-bait puisi rakyat yang terkandung dalam tajuk BANGAU OH BANGAU...

 Bukan nak bercerita pasal bangau yang kurus kerana ikan tak mahu timbul tapi kita cerita tentang ikan.
Sebab ikan adalah bentuk perlambangan rezeki. Siapalah yang tega menolak rezeki, apalagi jika rezeki itu adalah wang ringgit yang banyak. Tapi ada yang menolak hidangan ikan kerana tak lalu nak dimakan.

Namun kalau bermimpi menangkap ikan yang banyak hati bukan main suka lagi sebab kata penafsir mimpi itu tandanya rezeki akan melambak di ribaan tanpa diduga.

Pengalamanku dengan ikan memang banyak selain sebagai penggemarnya tidak kira ikan laut atau darat.
Sewaktu kecil suka memancing ikan puyu di sawah. Kadang-kadang bersama rakan dan orang-orang mencari ikan haruan, keli, sepat di tengah sawah yang semakin kering setelah padi dituai.

Langkah kaki diatur lebih jauh hingga ke tepi laut mencari ikan ketam sotong atau udang yang terperangkap  dalam pukat cekam nelayan. Setelah pukatnya diangkat tidak semua yang termasuk ke dalam pukat. Dan pabila air surut akan kelihatan sumber protin dari laut itu bersepah merata. Tentulah menjadi rezeki kepada yang rajin mengutipnya.

Pabila sudah dewasa jadi tokeh ikan pula. Tapi tidak lama. Agaknya tidak berapa pandai dalam bisnis ikan.
Hanya yang kekal hingga kini cuma sebagai penggemar ikan...


9 ulasan - "IKAN OH IKAN KENAPA TIDAK TIMBUL !"

Kesuma Angsana delete icon 27 Disember 2012 6:58 PTG

tq kongsi cerita ye kak, Dtg baca dlm cuti2 mesia

paridah delete icon 28 Disember 2012 2:39 PTG

tq KA rajin jg bca walau sdg enak cuti2 msia...

Mbak Susi delete icon 15 Oktober 2014 10:24 PG

Cantik cantik nian :)

Bin Muhammad delete icon 15 Oktober 2014 2:06 PTG

Pengalaman manis memancing dan memukat ikan semasa dikampung memang tidak dapat ku lupakan...

paridah delete icon 15 Oktober 2014 10:12 PTG

ya cantik2 ikannya tq mbak susi.

paridah delete icon 15 Oktober 2014 10:16 PTG

pengalaman kita yg agak lama ni ramai yg merasainya tapi anak2 sekarang jangankan nk pukat n nk mncing ikan...nk turun ke s

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 15 Oktober 2014 10:17 PTG

Wah akak pernah berniaga ikan yer...

paridah delete icon 15 Oktober 2014 10:18 PTG

...ke sungai, ke paya, sawah pun takut...tq BM.

paridah delete icon 15 Oktober 2014 10:20 PTG

yelah zumal pernah jadi tokeh ikan heh..heh..tq.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”