بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Banyak sungguh kuih raya dan kukis-kukis yang ada di pasaran menanti pembeli yang meminatinya lantaran kesibukan menangani tugasan-tugasan dan tidak berkesempatan membuatnya sendiri. Raya sudah semakin dekat tibanya.pic razalela.




Tapi bagiku setakat nak membakar kukis/biskut tidaklah terlalu susah asalkan mahu. Mudah saja mengadunnya mengikut resepi yang tersedia.

bahulu Ikan

Kecuali kalau nak buat kuih-kuih lama seperti dodol, bahulu, putu kacang, putu beras, bangkit, karas, loyang dll yang perlukan kemahiran, kerajinan dan komitment yang tinggi. Bukan senanglah nak membuatnya setakat mengikut resepi saja. Mesti terlebih dahulu kena berguru dengan yang pakar.
kuih loyang


Sekarang ni teringin nak makan kuih apapun samaada baru atau lama cuma siap duit saja. Tak payah nak susah-payah nak belajar. Lagipun kan semua tu lambat.
putu kacang

Samalah dengan penulisnya pun. Setiap kali nak raya asyik mengoder segala macam kuih dan kukis-kukis. Sementelah tangan tinggal sebelah dan ilmu masak-memasak sudah tidak dapat nak dipraktikkan lagi.

Kesian kan...

12 ulasan - "KUIH RAYA KUKIS-KUKIS..."

Kesuma Angsana delete icon 13 Ogos 2012 10:41 PG

aduhai, buat or beli bukan yg utama, yg penting niat ikhlas nak jamu tetamu yg dtg berkunjung nnti !

paridah delete icon 13 Ogos 2012 1:29 PTG

tapi kuih yang dibuat sendiri lebih sedap rasanya kot KA...apapun penting menyediakan kuih muih hidangan utk tetamu tika raya..

Sobri Yaacob delete icon 11 Julai 2014 2:47 PTG

ikut tahap kerajinan...mcm mak saya buat kuih mana yg anak2 dia mkan je.. yg lain smua beli..
skarg nak jmpa kuih tradisonal yg betul sedap payah nak jmpa :)

mnbung :P

Kakzakie delete icon 11 Julai 2014 4:06 PTG

Tapi ikut pemerhatian kakak org beraya sekarang macam tak kisah sangat nak makan biskut. Biasa tetamu dtg at least kita goreng mi atau spaghetti simple. Bebudak yg dtg berkunjung nak duit raya pun cuma minum air dan lebih kepada kerepek-kacang...

Kakak belum buat pun biskut. Entahlah...

Purnomo Jr delete icon 12 Julai 2014 1:50 PG

perayaan hari raya. memang selalu terhidang macam2 kue ya kak.. :)

paridah delete icon 12 Julai 2014 3:10 PG

kebiasaannya begitulah Purnomo Jr...tq

paridah delete icon 12 Julai 2014 3:13 PG

tapi biskut n kek tetap terhidang sama kan...lambat lagi raya ...nk buat kukis sekejap saja kakzakie...tq.

paridah delete icon 12 Julai 2014 3:17 PG

mestilah tu..mak akan buat kuih2 kegemaran anak2nya...tq sobri rajin menabung.

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 12 Julai 2014 8:14 PG

Tahun ni zumal buat sendiri semua... Hehe ;)

paridah delete icon 12 Julai 2014 11:38 PG

YEKE..BAGUS TU RAJIN ZUMAL..TQ

Yun Sing delete icon 13 Julai 2014 1:47 PTG

Owh.. baru tau nama-nama biskut ni.. dulu tau makan je xD

paridah delete icon 13 Julai 2014 3:28 PTG

yeke...oklah tu lambat tau xmengapa asal rajin ambil tahu...tq Yun Sing.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”