بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
DAM DAM DUM BUNYI MERCUN
KANAK-KANAK SEGERA DATANG BERDUYUN
DAM DAM DUM MERCUN BERDENTUM
SEMARAKLAH HARI RAYA INI TAHUN...

Itulah senikata lagu raya nyanyian Biduanita Negara, Saloma bahagian akhir sebelum ditiadakan baris-baris itu kini untuk menyesuaikannya dengan situasi era sekarang yang melarang permainan mercun pada musim perayaan atau bila-bila masa. Walau dilarang/diharamkan, penjualannya berleluasa juga.

Tapi kala 60-70an tidak ada larangan itu sebab itu senikata lagu raya Saloma itu kedengaran syahdu dan indah harmoni menggambarkan keriaan suasana hari raya. Tidak pula berita akhbar, radio, tv semasa yang melaporkan tentang  kecederaan, putus tangan/kaki, buta mata dll akibat bermain mercun. Mungkin saja cara pemberitaan dahulu tidak terlalu menyeluruh kut...Ah..itu cuma kataku saja.

La ni jangan buat main. Hak asasi manusia yang tidak mahu terganggu dengan bunyi bingit letusan mercun sentiasa disuarakan.
Sedikit petikan di ambil dalam sembang pagi PAHANG FM "Koi tak kira koi nak main mercun bola juga, koi nak baling kat depan rumah tu.."
"Kenapa awak marah sangat...?DJ
"Mestilah koi marah anak koi nak tidor...anak koi baby lagi...dema lentum lentam main mercun...tak reti base betul...yang main tu bukan budak-budak tapi bapak budak...dah guana..."
Hmm..

Apalagi media massa cakna dengan cerita kemudaratan akibat bermain mercun. Dada akhbar sentiasa ada berita tentang itu setiap kali menjelang raya. Bermain tapi menimbulkan mudarat baiklah tak usah.

Lagipun bukan itu budaya MELAYU/ISLAM. Boleh jadi kita tidak tahu mengendalikan permainan ini seperti orang Cina. Walau mereka pakar tapi kilang mercun mereka meletup juga. ALLAH menyuruh hamba-hamba-Nya menghindari musibah walau sekecil mana.

Dekat-dekat nak raya ni elok merancang sesuatu yang menggembirakan semua bukan kesedihan dan airmata. Paling penting jangan menyusahkan sesiapa di dalam kehidupan kita. Kan aman.

4 comments - "DAM DAM DUM.....!"

Kesuma Angsana delete icon 6 August 2012 at 08:43

Susah nk cakap, luah mata emak, telan mati bapak, apalagi bila nak tegur2 anak2 jiran! anak2 tgk jiran2 main mercun bagai mesti teringin jugak kan!

paridah delete icon 6 August 2012 at 11:30

susah juga kalau dh gtu ye...apapun hati2 KA sentiasa kena rajin mengawasi anak2 yg leka main mercun.

ida zuraida delete icon 7 August 2012 at 08:23

mercun n bunga api mmg payah nak pisahkan bila ada hari2 perayaan ni Paridah.. apa yg penting sbg org tua kita kena pantau2 la anak2 kita.. tp kdg2 tu bukan stakat anak2 jer, bapak2 pun sama nak gak main mercun2 n bunga api bagai kannn.. apapun sabar aje laa.. :-D

paridah delete icon 8 August 2012 at 07:16

setakat bunga api n petasan2 kecil mmglh kita xrisau utk mnmbhkn keriaan smbutan raya tp kalau mrcun brgegar bunyinye mcm US mngebom Iraq itu yg mrisaukan ida zuraida..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”