بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Orang dapur, galerinya pun di dapur.  Tiada apapun yang boleh dibanggakan dengan isinya yang sengaja suka-sukaku namakan sebagai galeri dapur. Hanya sekadar lukisan cat air di atas kepingan plywood yg berbentuk frem.

Lukisan-lukisan yang dihasilkan buat mengisi masa senggang. Lagipun hanya itu saja yang mampu dilakukan menggunakan sebelah tangan yang kanan dan masih berfungsi walau keupayaannya tidak seberapa. OKU yang benar-benar OKU dan bukan kelainan upaya.

Dulu-dulu sebelum OKU suka mengait crochet, menyulam silang pangkah dan lain-lain hobi yang biasa dilakukan mereka yang normal kini hanya boleh melukis, menulis dan membaca. Seolah langkah mundur hidup ke belakang semula. Apa nak kata demikianlah takdirnya tersurat.

Lupakan bab takdir tu...kita cerita tentang lukisan-lukisanku. Paling gemar kulukis adalah gubahan fikiran pemandangan. Melukis potret tak pandai. Jikalau kulukis potret orang mahu rupa hantu jadinya.
Melukis ini adalah subjek yang sangat diminati tika di sekolah dulu. Ingatkan cerita di sekolah tinggal di sekolah kesemuanya rupanya kembali menyertai kesepian diri.

Lukisan-lukisan yang dihasilkan tidaklah secantik mana. Sekualiti saja dengan diri pelukisnya.



Kini tidak melukis lagi kerana diserabuti dengan kesibukan-kesibukan lain yang menuntut perhatian. OKU pun sibuk juga? Mestilah...ingat OKU makan tidur saja ke....

4 ulasan - "GALERI DAPUR...."

Kesuma Angsana delete icon 23 Jun 2012 7:12 PTG

salam kenal n tq singgah blog saya yg x seberapa tu. klu dah ada bakat melukis kenapa x teruskan bakat itu anugerah tuhan tu. mana tau one day leh wat yr own galeri. go2 girl!. dah follow awak ye dik 23

paridah delete icon 24 Jun 2012 7:20 PTG

terima kasih Kesuma Angsana sudi juga singgah n follow blog sy. sebenarnya bukannya berbakat melukis sgt...saja suka-suka bermain warna saja..

Kesuma Angsana delete icon 2 Julai 2012 9:11 PG

will always support u yek!

paridah delete icon 2 Julai 2012 7:20 PTG

TERIMA KASIH BANYAK2 KESUMA ANGSANA..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”