بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

“Saya belum buat keputusan lagi ayah. Samaada hendak menguruskan Resort Sri Jelapang atau tidak. Rizal hendak berehat dulu. Tidur, baring, makan dan minum saja dulu. Sesekali saya akan sampai ke opis untuk mengintai suasana berkerjanya samaada bersesuaian dengan saya. Dan saya akan berkerja di sana. Tapi itu bukan janji…”
“Jangan lama sangat buat keputusan tu. Ayah memang perlukan bantuan Rizal untuk menguruskan Shipping Company tu.” Suara ayahnya tegas kedengaran. Dia sangat berharap anaknya itu tidak akan menyetujui cadangan isterinya itu.
“Min, abang ke opis dulu. Waktu makan tengahari bang tak dapat balik. Rasanya sampai ke malam abang kena berkerja di opis kerana nak pastikan kaki-tangan opis menyiapkan kertas kerja perjanjian dengan PERNAS (Permodalan nasional) tentang pengangkutan barang-barang perabot dan pelbagai kraftangan tempatan yang hendak di eksport ke German menggunakan kapal-kapal milik syarikat kita.” Dia memandang isterinya dan Rizal bersilih arah.
Dan sudah pula menghabiskan mihun di piringnya. Tangan kanannya memegang cawan yang berisi air necafe susu panas dan membawa ke bibirnya. Dia menghirupnya perlahan. Tidak dihabiskan air Nescafe susu yang masih beruap kerana panas. Sedikit saja yang berupaya dihirup. Diletakan semula cawan yang dipegangnya di atas meja.
“Min dan Rizal makanlah dulu, tidak usah hendak tunggu abang balik.” Sambungnya lagi. Serius dan sangat penting sekali tugasan yang digambarkannya pada isterinya itu. Perihalnya sebenarnya tidaklah sebegitu. Sememangnya ada tugasan seperti yang disebutkan itu. Tetapi tidak langsung melibatkan dirinya. Dia hanya tahu siapnya saja.
Yang berungkus-lumus melakukan semua tugasan itu tentulah para petugasnya yang sangat didikasi terhadap kerjaya yang memberikan sara-hidup yang setimpal dengan keadaan sosio ekonomi masa kini. Staf yang dibayar gaji sepadan dengan keupayaan  dan kerja yang dilakukan.

                                                        
                                                          8

Dia sedang enak melayani lagu-lagu yang diset ke dalam Mpc kecil yang disumbat ke telinganya. Sambil leka berbaring di katil bercadar baldu diimpot dari Itali. Sebentar tubuhnya bergolek ke kanan. Sebentar kemudian mengiring pula ke kiri.
Semua yang dilakukannya mulai menjemukan dan tidak menyelesakannya. Tangannya menggagau majalah Feminin yang berada di hujung kepala katil tanpa bangun dari pembaringannya. Mujur dapat dicapainya.
Asyik sekali menatap wajah-wajah cantik model-model internasional dengan pelbagai gaya.
Handphone di sisi bantalnya bernyanyi. Nyanyiannya agak lama dan berulang-ulang. Nadia mulai menyedarinya setelah melihat handphone bergetar dan bergerak dari tempatnya. Wayar Mpc di telinga pantas dicabutnya.
Nombor yang tertera di skrin kecilnya tidak dikenalinya. Tetapi tetap dilayaninya. Mana tahu mungkin ada sesuatu infromasi penting yang perlu diketahuinya dari seseorang yang belum dikenalinya. Di dalam hidup ini segala-galanya memang mungkin. Dan dia tidak mengambil remeh tentang semua itu.
“Hello.. siapa ni?” suaranya halus mersik memulakan mukaddimah pertanyaan.
“Aku la. Amin.” Balas suara itu tertawa kecil mengenalkan dirinya.
“Kau ke…ingatkan siapa tadi.” Dia tersenyum sendiri kerana mendengar suara Amin seorang kenalannya. Dia mengenali Amin suatu ketika dahulu sewaktu Amin aktif dalam kumpulan seni dewan bandaraya.
Hatta dia juga merupakan seorang dari artisnya tetapi meninggalkan bidang itu setelah mendapat peluang bergerak aktif sebagai model yang menjanjikannya pendapatan yang lebih lumayan. Tidak diketahuinya pula Amin pun bertukar kerjaya sebagai artis budaya ke jawatan baru.
“Apahalnya tiba-tiba you teringat nak call I?”
“Aku nak ajak kau keluar lunch dengan bos aku, Datuk Shaari, tycoon Shipping company yang terkenal tu.” Sebuah pelawaan yang menyenangkan hati pendengarnya terluncur lancar menepati sasarannya. Tersenyum sinis Nadia mendengarnya. Seakan tidak percaya hatinya.
“Hai sejak bila kerja dengan shipping company ni?”
“Dah lama juga. Sejak kau belah dari tempat lama kita, aku pun ikut jejak kau turut sama berhijrah. Maklumlah nak cari duit lebih sikit.”
“Begitu ke. Oho… bos kau nak belanja aku makan ya. Ok …rezeki jangan ditolak. Boleh saja. Tapi tidak boleh lama sebab aku ada kerja nak promosikan barangan persolekan jenama luar negara dari sebuah syarikat internasional,” balas Nadia memberitahu Amin tentang jadual tugasnya yang sarat. Meskipun dia tidak berhasrat menolak pelawaan Amin.
“Ala sekejap je.” Tukas Amin memberi kelonggaran dan keringanan masa yang tidak menyusahkan Nadia.
“Di mana nak jumpa ni?” Tanya Nadia seolah bersedia memenuhi pelawaan itu.
“Itu kau jangan risau. Aku datang ambil di kondo kau nanti.”
Perbualan yang panjang itu telah tamat. Sempat pula Nadia bersoal-jawab tentang jawatan Amin yang baru. Dan fungsinya pada kehidupannya kini. Samaada memberangsangkan mewah atau sekadar cukup makan.
 Keputusan mengenai pelawaan Amin telah dibuat setelah dia berpuas hati dengan kaji selidiknya yang tidak ketara. Orang orang dahulu kalau kebetulan bertemu sahabat lama, yang ditanyakan hanyalah sudah kahwinkah belum? Sudah berapa orang anak? Bukannya bertanya tentang tahap sosio ekonomi seseorang. Tetapi Nadia tidak bertanya begitu kerana dia anak era alaf baru bukan orang orang dahulukala.
Nadia kembali berbaring di tilam empoknya. Dia merenung kosong. Dan terukir senyum manis di bibirnya. ‘Datuk itu sudah tidak tahu agaknya ke mana wangnya yang banyak itu hendak dibelanjakannya. Nak berhabis pada aku pula. Jangan menyesal sudah Datuk.’
                                             
                                          *     *    *

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”