بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

"Di dasar bumi ini ada seekor ular sawa besar yang tidur berlengkar, apakala tidurnya terganggu ia akan bergerak sedikit. Itulah sebabnya berlaku gempa bumi..." Itu cerita arwah nenekku kepadaku. Mungkin tika itu aku percaya sepenuhnya. Berbeza pula kini apabila info-info sains tentang alam dan bumi amat mudah diperolehi dengan cuma surf n klik.

Semalam 11 Mac berlaku lagi gempa bumi pada 8.7 magnitude di Aceh .Gegarannya dirasai sepanjang pantai barat semenanjung hingga Kuala Lumpur. Dan kita pun terkedu lantaran terkejut dan ketakutan. Bimbangkan musibah tsunami berulang lagi....

Astaghfirullah...ampuni dosa-dosa hambaMu yang sering berbuat kezaliman dan melakukan kerosakan di bumiMu ini ya Allah....jauhi hindarilah kami daripada segala musibah dan kemurkaanMu ya Allah....amin...amin..amin ya Robbalalamin....

2 comments - "ULAR SAWA BERLENGKAR BERKALIH TIDUR..."

Irfa delete icon 12 April 2012 at 09:16

kak paridah

saya igt saya je yg dengar citer ular besar yang sedang tido dalam perut bumi masa kecik2 dulu..rupanya akak pun tahu jugak yer

mintak jauh dari bala bencana

paridah delete icon 12 April 2012 at 14:02

hai irfa...kau ni buat kak tergelak besar...citer org dulu2 yg diturunkan secara lisan kpd anak cucu...irfa ni generasi y ingatkn xtau citer tu...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”