Thursday 26 April 2012

RENTETAN GANGGUAN-GANGGUAN YANG BERULANG...

SEBENARNYA kisah ini adalah sambungan cerita entri terdahulu yang tidak sempat hendak dihabiskan.

Sehari selepas itu tiada lagi anak-anak kecil ke rumah kerana anakku itu menyimpan motorsikalnya di rumah toknya. Namun hatiku berdetak merasakan ada sesuatu yang akan berlaku ekoran kejadian itu dan aku perlu berwaspada.

Gejolak yang menggelodak di dalam hati lega pula pabila anakku yang tinggal di Selayang terjengol di muka pintu. Anak ketiga ini baru saja mendapat kerja di Subang setelah grad.

Dengan isi rumah ramai bertambah sedikt semangat berani untuk menghadapi dugaan gangguan yang tidak diingini.

Seawal lima pagi aku sudah bangun dan ke dapur. Eh! Kenapa pintu dan tingkap dapur terbuka? Mungkin anakku terlupa menutpnya kot. Aku bersangka baik kerana keadaan di dapur dan ruang tengah elok-elok saja. Segala kepunyaanku yang penting masih ada.

Sehinggalah Andresyah bersiap hendak pulang dan mendapati henset dan dompetnya yang berisi sedikit duit dan dokumen peribadinya telah tiada. Berkali-kali buat call namun senyap sunyi.

Terpaksa An membuat repot polis dan tertangguhlah niatnya untuk pulang hari ini. Bimbang dirinya dibuang kerja kerana tidak hadir berkerja; risau sungguh dia.

Kehilangan henset ini memang selalu berlaku kepadaku hampir setiap tahun. Setakat ini aku telah kehilangan 5 buah henset. Kali ini giliran henset An yang kena dan hensetku terselamat.

Kata jiranku "Ini mesti kerja budak-budak yang duk mai sini dan pinjam motor Adi dan aku nampak dok melewaq kawasan rumah hang...mungkin depa dok tengok kut mana depa boleh masuk rumah hang..."

Entahlah! aku tak berani nak buat kesimpulan...

Bukan rumahku saja yang sering dimasuki pencuri tetapi ramai lagi jiranku yang menjadi mangsa. Inilah gejala sosial yang harus ditangani sebaiknya pihak yang berkuasa untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup di felda.

Fenomena begini rasaku berlaku di mana-mana saja pertempatan felda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist