بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Selepas insiden tsunami di Aceh pada 04 juga melibatkan negara Asia tenggara seperti Thai, India, Sri Lanka dan Malaysia yang menelan ratusan ribu korban, iklim dunia ternyata berubah. Cuaca yang berlaku menurut musim yang dijangka tidak lagi menepati.

Hujan lebih banyak mencurah-curah di mana-mana saja tanpa mengira tempat. Samada kota atau desa tidak terkecuali dilanda air bah. Fenomena yang kini biasa dan terpaksa dihadapi setiap kali hujan mencurah lebat dua jam saja.

Selama aku tinggal di sini belum pernah aku merasa cemas rumah dinaiki air akibat hujan lebat. Tapi kini setiap kali hujan hatiku berdebar kot kot banjir melanda dan sentiasa perlu bersedia untuk memindahkan barang-barang di lantai ke tempat lebih tinggi.

Dan usaha untuk mengatasi masalah itu pun dilakukan dengan mendalamkan sungai kecil yang menyilarati kampung ini. Usaha yang berkesan juga setakat ini.

Kini telah tumbu pula hutan kecil di tubir sungai belakang rumahku. Padaku ianya langsung tidak menjadi masalah kerana hutan itu kelak sebagai pendinding kala berlaku banjir juga sebagai pemecah air agar tidak sampai ke kawasan rumah. Itu kataku.

Kata jiranku pula "Kak upahlah sapa-sapa tebang hutan tu...indon ker..semalam ada babi yang lalu kat sini...agaknya kat hutan tulah dia bersarang...kak tahu arwah yang meninggal dunia kat peringkat satu semalam sebab diterpa babi ler..ish takut saya..."

Hah? Camana tu...apa pula aku nak kata?

2 ulasan - "Hutan rimba di tubir sungai"

Irfa delete icon 6 April 2012 2:26 PTG

assalamualaikum kak paridah..
risau jugak yer psl kerbau pendek itu tapi kalau ditebang nanti mslh lain pula yg timbul..

paridah delete icon 7 April 2012 9:11 PG

waa'laikummussalam irfa...ye memang merisaukan sungguh...ada saja masalahnya yg kita tak duga

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”