Tuesday 24 April 2012

GANGGUAN-GANGGUAN YANG MERUSUHKAN

ALANGKAH indah dan selesanya sekiranya kehidupan seharian kita berlaku menurut apa yang dirancangkan begitu begini. Nampaknya tidaklah semudah itu hidup ini. Ada saja galangan-galangan yang terjatuh di lorong hidup kita meski tidak diingini.

Sebagai OKU tentulah aku impikan kehidupan yang tenang tanpa gangguan sesiapa yang memberiku masalah. Maklum anak-anak sudah dewasa dan ada yang sudah berumahtangga.

Aku pun leka melayani rutin kesukaanku sebagai pengemas rumah, bertani dan menulis/membaca. Kesemua aktiviti itu mencuri masaku kerana pergerakanku yang lambat. Jadi aku sangat elakan sebarang gangguan-gangguan yang menyusahkan kelancaran kegiatanku.

Dan baru-baru ini beberapa orang budak-budak sekitar 10 tahun usianya datang ke rumah hendak meminjam motorsikal anakku dengan memberi pelbagai alasannya. Bayangkan anak kecil yang tak sampai kaki memijak pedal minyak dan brek berani nak menunggang motorsikal. Tapi anakku yang baik itu mengizinkan saja tanpa memikirkan risikonya.

Esoknya datang nak pinjam lagi, lusanya pinjam lagi dan hari tulat pinjam lagi langsung tak dipulangkan. Sehinggakan anakku keluar mencarinya dan menemuinya ditinggalkan tanpa kuncinya.

Mungkinkah anak-anak kecil yang tidakku kenali siapa ibu/bapa mereka itu memang merancang sesuatu niat buruk terhadap motor anakku itu? Tidaklah mustahil apa yangku fikirkan itu berlaku kerana anak-anak kecil sekarang sangat bijak. Apalagi di belakangnya berdiri abang-abang dewasa menjadi mentornya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist