بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Anak tangga pertama penyenaraian FGVH sekaligus `durian runtuh` yang amat dinantikan peneroka bakal dilalui rabu ini....

Sebaris ayat yang dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia tulisan Amir firdaus khan.

Dan masing-masing riuh bercerita mengenainya. Apalagilah mereka yang terlibat langsung dengannya. Maksudnya kaum kerabat penerokalah tu.

"Kau dah gi buka akaun idah?"
"Kenapa? Nak buat apa?"
"Kau ni orang ramai berpusu-pusu ke bank buka akaun...kau duk diam je..."
"Sibuk-sibuk nak buka akaun buat apa?"
"Kau ni buat-buat tak tahu pulak...mestilah nak ada akaun sebab kan nanti felda nak masukan durian runtuh kat dalam tu...."
"Iye ker?...berapa banyak?"
"10 ribu kau..."
Banyak tu....
Selesai bicaraku sore itu bersama jiran sebelah rumahku. Perbicaraan yang bersalut kekeliruan.

"Bang Din dah buka akaun?"
"Kenapa hang tanya?"
Jiranku itu memulang tanya walau aku pasti dia faham maksudku.
"Orang kat pejabat felda tu tak habaq apa-apa pun kat aku..."
Tersengih bang Din bilaku ceritakan sumber infoku.
"Kaya kita kalau dapat duit banyak lagutu no...."
Ha...ha...ha.....ha..

2 comments - "Durian runtuh!!! Hah? Bila tu? FGVH (FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING) apa tu..."

Irfa delete icon 6 April 2012 at 15:04

mmg durian runtuh sungguh la kalau byk camtu
tp sy bukan ada kaitan dgn felda pun..hehe

paridah delete icon 7 April 2012 at 09:29

entahlah irfa tak pasti kebenarannya...tetapi peneroka felda dulu umpama sekawan ikan yang berenang di dalam kolam yg keruh kini barulh jernih sedikit airnya dan nampaklah ikan2 bervariasi cantiknya...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”