بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..

Tika emak membawa anaknya mendapatkan rawatan di pusat rawatan alternatif Taman permata emak bertemu dengan seorang gadis manis yang merupakan salah seorang perawat di situ. Beliau ini seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal dan tinggal di Serdang.

Emak merasa aneh dan takjub dengan nilai kemanusiaan yang tinggi dimiliki gadis ini kerna sanggup memandu begitu jauh setelah pulang dari pejabat ke pusat perawatan ini demi prihatin terhadap pesakit-pesakit yang perlukan rawatan.

Jenis penyakit yang kebanyakannya dibawa untuk pemulihan di sini adalah bersangkutan gangguan jiwa yang rusuh dan pelbagai kerosakan dilakukan makhluk halus.

Gadis itu bercerita bahawa beliau juga bekas seorang pesakit yang pernah mendapat rawatan di sini dan pulih. Sakit yang dideritainya amat teruk. Mulanya sekadar berjalan terbongkok-bongkok persis seorang tua walau hakikatnya masih muda belia. Dan seorang yang didatanginya menghindar darinya. Dia menjadi hairan. Kenapa orang tu takut takut dengan aku?

Orang itu mengejutkannya dengan katanya dia melihat ada sesuatu yang bertenggek di belakangnya. Dan dia membawa bebanan itu sehingga bongkok dan akhirnya terus lumpuh. Dia dibawa ke sini oleh seorang rakan yang juga ahli Persatuan Silat Malaysia dan perawat.

Perawat-perawat di sini berusaha merawatinya sehingga pulih dan mengembalikan kecerian di dalam hidupnya. Dan kini gadis manis itu juga adalah salah seorang perawat di sini. Bersedia menabur bakti pada mereka yang memerlukan.

Emak terkedu mendengar ceritanya dan tidak semena-mena meremang bulu romanya...

22 ulasan - "Aneh dan seram..."

Irfa delete icon 12 April 2012 9:25 PG

KUASA ALLAH kan kak
mintak jauh dr org2 yg berniat jahat

paridah delete icon 12 April 2012 2:24 PTG

ye irfa Allah mahaberkuasa n segala rahsia alam ini miliknya yg mahatahu

Sobri Yaacob delete icon 17 April 2014 5:08 PTG

subhanallah sis..
buat baik dibalas baik.. bgus tindakan gadis tu..berbakti balik

SmuaInfo delete icon 17 April 2014 6:19 PTG

benar-benar cerita yang aneh dan cukup seram juga :D

Aku Penghibur delete icon 17 April 2014 7:14 PTG

subhanaALLAH kak,.. dia mahu juga orang lain bahagia sebagaimana orang lain bahagiakan dia.. bagus sekali

jimmyalghazaliindra delete icon 17 April 2014 7:29 PTG

itu kisah nyata apa cerita fiksi sob?

paridah delete icon 17 April 2014 9:40 PTG

ya kisah sebenarnya...bukan fiksi...tq jimyalghazalilindra...sudi singgah karyaku...

paridah delete icon 17 April 2014 9:49 PTG

ya dia sudah rasai deritanya sakit n sanggup merawat mrk yg sakit pula, sifat dirinya mulia walau berjawatan tinggi....tq acik Aku Penghibur.

paridah delete icon 17 April 2014 9:51 PTG

keanehan biasa menyeramkan...tq Semuainfo

paridah delete icon 17 April 2014 9:59 PTG

beliau ni nampaknya berbakti sepanjang hidupnya...baik sangat orangnya...tq Sobri Yaakob.

Fiu S delete icon 17 April 2014 10:14 PTG

nama gadisnya sp tuh ? serasa aneh sangat...heheh

paridah delete icon 17 April 2014 10:27 PTG

GADIS MISTERI...HEH..HEH...TQ Fiu S

Kesuma Angsana delete icon 18 April 2014 8:39 PG

mmg seram tu, kdg2 nak tak nak kita kena percaya juga perkara2 mistik ni kan, ^ minta pertolongan pada Allah swt moga kita diberi perlindungan !

paridah delete icon 18 April 2014 10:04 PG

betul tu..kita membaca dlm alquran pelbagai cerita yg aneh Allah firmankan n kita wajib beriman/percaya....tq Kesuma Angsana.

faizah muhammad delete icon 18 April 2014 10:32 PG

haaa...menakutkan untuk saya yang 'lemah semangat' ni..huhu

Mizz Aiza delete icon 18 April 2014 10:36 PG

wah.. memang seram tu kak paridah.. bagus gadis itu membantu orang lain..

paridah delete icon 18 April 2014 2:08 PTG

kisah benar tu...tq faizah muhammad.

paridah delete icon 18 April 2014 2:13 PTG

ya..gadis itu telah alami penderitaan yg menyiksakannya akibat gangguan2 yg xnampak ni n beliau berusaha menolongnya...tq Mizz Aiza.

Yun Sing delete icon 18 April 2014 6:03 PTG

Bila terbaca part tu macam.. kalih belakang.. kalih balik xD

paridah delete icon 18 April 2014 10:22 PTG

apa maksudnya tu..kalih belakang kalih balik...republish ker...tq Yun Sing.

Yun Sing delete icon 20 April 2014 2:56 PTG

Masa tu dok sorang-sorang.. bila baca entri ni meremang bulu roma.. kalih belakang tengok ada apa-apa tak xD Then kalih baik dekat laptop xD

paridah delete icon 20 April 2014 6:55 PTG

yeke...ngeri juga ya...tandanya ada yg memerhati senyap2 tu...gurau jer..baca ayat kursi selalu..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”