Tuesday, 31 May 2011

mukaddimah/pembuka kata/awal bicara

daun kasturi sarang kelulut
     daun selasih bawa ke laut
salam diberi harap bersambut
     tanda kasih mesra bertaut

tepak sirih yang dihulur
     segeralah sambut sepiak dua pemerah mulut
mari bergobek sirih pinang secalit kapur secubit gambir
sambil berperi seloka sambil berdendang
melupakan cerita walang tetap berulang tak kunjung padam
barangkali
sambil berbeka
bercerita gurau canda
semakin kita lupa
seolah semalam tiada duka
yang ada cuma ceria gembira...
masyaAllah...subhanaAllah...
    sebenarnya memangnya kita terlupa
jiwa kita adalah jiwa qabil dan habil...

Sunday, 29 May 2011

assalamualaikum

jom kita ramai-ramai semarakan laman karya ini dengan keindahan kuntuman sastera melayu yang segar lagi harum dalam apa jua rupa bentuknya samaada puisi pantun gurindam dan aneka karya yang tesdik di sudut hati. gembirakan hati anlian dengan meluahkan apa yang terpendam. anlian adalah sasterawan terbilang yang layak melayarkan karya anlian ke ruang maya tanpa ada sesiapa yang mempertikaikan hak kita. mohlah kita weh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...