بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Kita  tidak tahu langsung apakah nasib kita keesokannya. Sekiranya hari ini kita ketawa riang gembira, ke sana sini ke mana saja belum tentu keesokannya kita mampu melakukan apa yang menggembirakan kita dan melalui situasi yang serupa.

Itulah yang berlaku kepada salah seorang daripada jiranku.  Jikalau dulu seringkali melihatnya bermotosikal melintasi jalan di hadapan rumah kini khabarnya hanya terbaring di tempat tidur. Eksiden terlanggar se ekor monyet di suatu malam ketika pulang daripada kampungnya. Luka-lukanya tidaklah seberapa teruk dan doktor mengesahkan tiada komplikasi dalaman tetapi lumpuh. Kasihan dia...

Aku juga begitu. Eksiden dan lumpuh. Kenapa yer? Susah sangatkah hendak memikirkannya? Katakan saja memang sudah nasibmu begitu.


Seorang lagi jiranku tiba-tiba dikenali seluruh Malaysia dengan cerita kejayaannya sebagai peneroka felda disiar dalam akhbar Utusan Malaysia justeru kegigihannya dalam aspek ekonomi tani dan menjadikannya jutawan senyap.

Tiba-tiba jiranku yang rajin itu telah disahkan doktor menghadapi kenser tulang pula. Kasihan sungguh dia terpaksa menerima nasib sedemikian rupa. Jiranku ini walau kayaraya namun tidak sombong dan disenangi komuniti setempat dengan lagaknya yang bersahaja dan suka berjenaka. Beliau ini juga gemar berburu. Dan aku pernah dikirim ayam hutan hasil perburuannya.

Kini cerita tentang kedua-dua jiranku itu telah tamat episodnya. Abang Mat Perlis dan Lias tidak pernah lagi melintasi jalan yang terbentang di hadapan rumah. Sesekali aku kelihatan seolah kelibat mereka yang lalu. Seorang menaiki motorsikal dan seorang lagi memandu pajero. Kata orang dulu-dulu itu tandanya ada kematian yang akan berlaku di sini.


AL-FATIHAH UNTUK KEDUA-DUA JIRANKU ITU....

19 ulasan - "Nasib...nasib...nasib..."

Tanpa Nama delete icon 14 Disember 2011 8:32 PG

usah d ratap pada nasib ketentuaan illahi....usah d tanya nasib lumrah alam ,ketentuan Allah itu nyata kita manusia penentu masa yang berlalu, yang berlaku sudah tersurat takdir Allah itu benar......

paridah delete icon 14 Disember 2011 11:42 PG

Takdir Allah itu benar sekali saudaraku. Hanya berdaya menginsafi ketentuan-Nya sambil muhasabah diri...terima kasih saudaraku...

Dunia Zumal delete icon 1 September 2015 2:52 PTG

Al Fatihah, hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu...

Kakzakie delete icon 1 September 2015 4:15 PTG

Sungguh qada' dan qadar itu ada dalam rukun iman yg 6 itu PI. Kita kena akur kerana semuanya sudah tertulis di Loh Mahfuz Allah. Pasti ada hikmah disebaliknya yg tak kita ketahui. Atau sebenarnya ada yg kita ketahui. Macam PI kakak nampak adalah wanita kuat dan tabah. Mampu mencarik kata-kata indah utk tatapan ramai biar sekadar melalui alam maya.

Diana Rashid delete icon 1 September 2015 4:45 PTG

kesian..kan kak?dah nasib nya..kita nanti cemana pulak entah perjalanan nya..

Fidah Shah delete icon 1 September 2015 9:47 PTG

Semoga tabah menghadapi segala dugaan..

abuikhwan delete icon 1 September 2015 11:20 PTG

Assalamualaikum kak,
Hakikat perjalanan sebuah kehidupan, tiada siapa yang mampu menduga apa yang akan berlaku dalam kehidupan pada masa hadapan. Apa jua perancangan kita hanyalah satu perancangan, sedangkan ketentuan pasti kembali kepada Allah SWT.

Al-Fatihah...

Zaitun delete icon 2 September 2015 10:38 PG

Al fatihah buat yang dah pergi. Qada dan qadar tidak siapa yang tahu apa berlaku dimasa akan datang.

Bin Muhammad delete icon 3 September 2015 8:50 PG

Innalillah... Sesungguhnya segala ujian Allah itu ada hikmah disebaliknya.

paridah delete icon 3 September 2015 12:04 PTG

INSYA ALLAH TQ BM..HANYA PERLURELA N TABAH...

Qaseh Vee delete icon 3 September 2015 5:31 PTG

al - fatihah . nyata sungguh apa yg kita miliki didunia hanya sementara sahaja . pergi tetap sendiri .

paridah delete icon 4 September 2015 10:55 PG

tq qv...dunia sementara pinjam-pinjaman saja.

paridah delete icon 4 September 2015 10:56 PG

tq zai...takdir kita xsiapa tahu...

paridah delete icon 4 September 2015 10:57 PG

insyaAllah..tq fidah.

paridah delete icon 4 September 2015 10:59 PG

tq diana..ntahlah xdpt nk menduganya.

paridah delete icon 4 September 2015 11:00 PG

tq zumal..benar sekali tu.

paridah delete icon 4 September 2015 11:04 PG

ya qado qadar kita sudah tersurat di loh mahfuz n kita perlu reda tanpa keluh kesah.
insya Allah hidup kak ni walau bertangis hiba derita dilalui juga seadanya..xlah tabah sgtpun...tq kakzakie.

paridah delete icon 4 September 2015 4:56 PTG

WSALAM DIK USTAZ..DEMIKIANLAH KEHIDUPAN KITA HANYA PERLU DIJALANI SEBAIKNYA..KETENYUANNYA TAKDIR ALLAH JUA..
TQ ABU IKHWAN.

Khai♥Rin : anies delete icon 7 September 2015 10:52 PG

alfatihah...dunia sekadar persinggahan

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”