Saturday 5 September 2015

26 Jun 01...Selasa

MENGIMBAU KENANGAN LALU.....

ASSALAMUALAIKUM..


Aku masih terkenangkan insiden yang terpapar dalam berita RTM malam tadi. Cerita seorang petani dan hasil tanaman kontannya di Besut. Usaha dan susah payahnya bertani dimusnahkan pula suku sakat kerajaan negeri yang baru mengambil alih kuasa memerintah negeri ekoran kemenangan dalam pilihanraya baru-baru ini.

Kejadian itu amat menekan perasaan petani itu sehingga tidak dapat menahan kesabarannya lantas menghambur kata-kata mengkeritik corak pemerintahan kerajaan kini.

Beliau bersungguh-sungguh sekali menuturkan bahawa keturunannya diharam samasekali menyertai parti kerajaan negeri itu walau padahal beliau telah menyertai parti itu sejak 30 tahun lalu. Setelah sebati dengan ideologi yang diyakini boleh pula berubah dengan begitu drastik sekali.

Aku pernah bertanya pada seorang anak muda kelahiran Terengganu, kenapa agaknya mereka menukar kerajaan yang sedia ada dengan pembangkang. Menurutnya orang Terengganu marahkan pemimpin kerajaan pusat yang kelihatannya tidak berapa islamik dan lebih sekular.

Menurut seorang anak angkatku pula Terengganu kini tidak seceria dulu setelah pertukaran kerajaan berlaku. Entahlah...aku bukan pakar politik cuma suka menganalisisnya mengikut kesukaanku. Sekiranya kita tidak sukakan sesuatu tentu kita akan menolaknya. Apakala merasanya serasi dengan kemahuan kita tentu akan menerimanya dengan senang hati dan mempertahankannya.

Dan penggiat-penggiat politik harus bertindak sebagai orang yang disenangi bukan dibenci pengundi...

7 comments:

  1. sebelum pilihan raya, janji manis macam2 diberikan..dah dapat apa yang nak, janji entah ke mana..jangan la jadi pemimpin camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji manis di bibir saja tu cikgu...apa nak heran politik juga karier yg memberi imbalan yg tidak sedikit kpd penggiatnya...tq nick nashram.

      Delete
  2. sya pun tak faham politik hanya dengar2 sana sini banyak yang menyakitkan telinga kan P

    ReplyDelete
  3. bukan saja menyakitkan telinga noor tapi mengelirukan dgn fitnah yg leluasa...tah siapa yg betul...tq noor.

    ReplyDelete
  4. berat nak menanggung kat akhirat tu ... ermmm

    ReplyDelete
  5. HMM HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI...TQ QV.

    ReplyDelete
  6. mampu ke nak jawab di mahsyar nanti???

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist