بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ASSALAMUALAIKUM

MENYELAK LEMBAR DIARI

Sudah mula teringin hendak menyelak lembar kertas buku semula. Kadang-kadang ada juga masa terluang untuk itu. Terutama ketika sedang bercuti. Bukan bercuti dari rutin seharian. Cuma cuti khusus untuk wanita setiap bulan. Tambahan jika tiada sebarang gangguan yang mengganggu.

Ada ketikanya kita perlukan masa senggang untuk diri kita sendiri. Menulis pun memenatkan juga. Mana lagi hendak memikirkan idea menggubah bahasa menjalinnya biar indah. Kerana bahasa yang disusun molek dan indah mampu memikat sesiapa saja. Seumpama gubahan jambangan bunga di dalam vas.

Suasana di luar...hujan sedang rintik. Khabar daripada angin lalu KL sedang dilanda hujan lebat dan ribut petir.

Pada 31 Mei 01 yang lalu, Tun Daim Zainudin telah melepaskan jawatan Menteri Kewangan yang disandangnya buat kali kedua. Banyak rumours dan spekulasi yang tersebar mengenainya. Mudahan tidak menjejaskan ekonomi dan iklimnya yang tercipta hasil tangannya.

THE ECONOMICS MUST SUSTAIN AS WAS CREATE BY THE CREATOR...

22 ulasan - "1 Jun 01"

webctfatimah delete icon 7 September 2015 3:57 PTG

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak... memang lembaran masa lalu banyak memberi kenangan dan pengajaran untuk kita lewati masa kini dengan penuh kebaikan. Di Sarikei ini juga hujan lebat setiap hari kak. Nak tanam bunga pun tidak sempat. Baru nak siram bunga, hujan dah turun. Lega juga kerana Allah SWT mencurahkan rahmatnya agar kita dapat berehat sekejap dari rutin harian menyiram bunga. :) Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

dorsett pink delete icon 7 September 2015 4:17 PTG

waaahhh! sejarah tu.. akak ingat erk Tun daim lepaskan jawatan.. saya duk tunggu2 ni bilalah najib nak lepaskan jawatan

Kakzakie delete icon 7 September 2015 4:27 PTG

Dulu internet tak meluas. Mereka yg peka macam PI ini adalah moment tercatat
Kakak memang tak ingat. Ekonomi dulu dgn sekarang tetap ada kancah politiknya..

Zaitun delete icon 7 September 2015 5:26 PTG

Zaman sekarang berita sampai macam kilat. Sekejap saja dah dapat berita dalam dan luar negara.
Banyak benda yang kak zai selalu lupa hihihi...

Qaseh Vee delete icon 7 September 2015 8:28 PTG

saya ada baca bibliografi Daim Yang Diam ... daim kata , politik bukan dunianya . Dia lbh suka duduk di kerusi dan menekan beberapa angka dan dapat untung ...

nor azman delete icon 7 September 2015 10:11 PTG

Saya rasa kak tun daim org plng bijak...

nohas delete icon 8 September 2015 12:41 PG

banyak faktor yg memberi kesan kpd ekonomi.. Tun Daim is a thinker, a strategist and a doer..

abuikhwan delete icon 8 September 2015 8:05 PG

Assalamualaikum kak,
Beliau telah pun melepaskan jawatannya..mudah-mudahan ekonomi negara tidak terjejas dengan ketiadaannya..namun ekonomi kini......??
Kuantan pagi ini digenangi ringti-rintik hujan..

Nick Nashram delete icon 8 September 2015 10:21 PG

ekonomi jatuh kita sebagai rakyat yang teruk tanggung beban..orang atas tak berasa sangat..huhu

Fidah Shah delete icon 8 September 2015 5:50 PTG

Antara menteri kewangan yang terbaik.

paridah delete icon 9 September 2015 10:50 PG

mungkin yg terbaik..bukan senang nk urus kewangan negara ni...tq fidah.

paridah delete icon 9 September 2015 10:52 PG

mrk yg berwang beringgit xjadi masalah pun kan..yg susa kita jer...tq cikgu nick nashram.

paridah delete icon 9 September 2015 11:00 PG

wsalam dik ustaz...
ekonomi kita pun ok..ramai bijak pandai menguruskannya. harapan kita nilai ringgit setanding dgn negara jiran2 kita agar senang kita nk berdagang..kalau asyik susut nilai saja susah juga..
tq abuikhwan..

paridah delete icon 9 September 2015 11:01 PG

setuju dgn nohas...tq.

paridah delete icon 9 September 2015 11:04 PG

hmm bijak dlm pengurusan ekonomi negara insyaAllah...tq nor azman.

paridah delete icon 9 September 2015 11:09 PG

yela qv...beliau ni bijak mencatur bisnis n kewangan tapi xminat dgn percaturan politik..beliau hanya lakukan apa yg diminatinya...tq qv.

paridah delete icon 9 September 2015 11:11 PG

heh..heh..betul tu zai xpayah nk susah2 tulis diari...nk sebarang info google saja...tq zai.

paridah delete icon 9 September 2015 11:16 PG

dulu2 kak suka tulis diari ni ada yg tulisannya pun dh terpadam sbb terlalu lama...sesekali suka juga menyelaknya...sedarxsedar dh bertahun masa tu berlalu...
politik dulu lbh terkawal xderlah serabut mcm sekarang ni...tq kakzakie.

paridah delete icon 9 September 2015 11:19 PG

heh..heh..mestilah kak ingat..kak kan minat sejarah....
melepaskan sesuatu yg kita syg susah juga kan...tq dorset pink.

paridah delete icon 9 September 2015 11:23 PG

wsalam dik ct fatimah...
apa saja catatan yg kita rakamkan hari ni pasti esoklusa berguna kpd kita..
syukur alhamdulillah hujan selalu xyah nk susah siram bunga...tq ct fatimah.

Yun Sing delete icon 9 September 2015 10:00 PTG

Banyak yang telah berlaku kebelakangan ini..

paridah delete icon 10 September 2015 10:56 PG

ya banyak kisah hari ini n semalam...tq yunsing.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”