Monday 14 September 2015

Musim...musim...musim...

ASSALAMUALAIKUM...

Menjelang hujung tahun dipenuhi dengan pelbagai kesibukan-kesibukan yang rutin atau terjadual. Seolahnya musim-musim yang diketarakan di sini dipastikan berlaku...


Musim 1...Musim anak-anak berada di dewan peperiksaan bagi yang mengambil exam SPM dan STPM. Semoga anak-anak ini memperolehi kejayaan yang diharapkan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.
Anak-anak di tahun 6 baru sahaja selesai exam UPSR.


Musim 2...Musim cuti persekolahan dan sempenanya ramai yang mengadakan majlis pertunangan dan nikah/kahwin. Dan didoakan setiap majlis yang berlaku sempurna kelancarannya, tiada sebarang aral yang menggendalakan. Juga setiap pasangan yang bertemu jodohnya serasi berkekalan hingga akhir hayat.
Dan kita pun berpantun menurut adat:

Tumbuh merata pohon meranti
kayu merapoh tidak berduri
Tiara cinta mutiara hati
ingin disepuh ingin dipetri...

Musim 3...Musim tengkujuh/musim banjir...musim yang tidak diingini kerana ianya akan menyebabkan masalah kehilangan nyawa, harta benda dan kesusahan-kesusahan yang bersangkutan dengannya walau kesusahan dan masalah serupa tetap juga berlaku tidak mengira musim.

Sebelum masuk musim yang ketiga mutakhir ini telah timbul musim baru pula iaitu musim jerebu. Seluruh negara dilitupi jerebu yg disebabkan asap tebal hasil pembakaran kawasan untuk tujuan pertanian di Kallimantan dan Sumatera Indonesia dihembus angin.

Musim-musim yang bergantian dengan perbezaan masalahnya yang perlu dihadapi. sarat dengan cabarannya.

26 comments:

  1. wahhh sonoknyer kawen, nak jaga perkawenan tu yg tak sonok mak kanns., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkahwin kerana Allah segala urusannya mudah hingga jannah...tq tiga lalat.

      Delete
  2. Iya, semoga musim-musim buruk yang memang tidak boleh kita tolak kedatangannya itu tidak terlalu membawa petaka kepada kita umat manusia. Dan bila juga harus mendapatkan musibah, semoga kita bisa memikulnya dengan iman yang kuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah tu..musim yg bergantian meronai kehidupan kita tanda kekuasaan Allah..
      tq yozidahfilputra.

      Delete
  3. bulan Disember..musim cuti, ramai yg nak habiskan cuti tahun..dan juga musim company tutup akaun..huhu..tak leh cuti..

    ReplyDelete
  4. Semuanya melibatkan debaran yg berbeza
    Tak kira yg terlibat dengan periksa,majlis nikah-kahwen atau mereka yg biasa terlibat banjir
    Moga semuanya dipermudahkan... usaha dan doa pada Allah kita berserah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya debara hadapi cabaran yg berbeza perlu didepani tanda kekuasaan Allah yg esa.
      tq kakzakie.

      Delete
  5. maafin kami ya mbak orang indonesia, doain aja biar pemerintah kami bisa mengatasi masalah kabut asap yg terjadi di kalimantan. salam damai dari kami semua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masing2 ada alasannya n kita harus berkompromi dlm hidup berjiran...insyaAllah masalah jerebu ni akan selesai juga dgn kehendak-Nya..
      tq Patah Online.

      Delete
  6. Kak Paridah, tambah musim 1 lagi, jerebu..
    Teruk kat sini Kak.. :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..betul tu.
      di mana2 saja serupa saja nampaknya.
      tq Lz.

      Delete
  7. Musim berganti musim.. masalah tetap sama.. kita perlu bersedia dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kita mesti bersedia mnghadapi musim yg bergantian itu.
      tq aizamia.

      Delete
  8. Musim banjir dan musim berkhatan juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..ada tambahan musim lagi ya zumal...tq.

      Delete
  9. Done follow #209

    Musim, musim. Musim orang kawen memang seronok.

    ReplyDelete
  10. musim makan kenduri tu mmg best.
    tq Tengku Sofia sudi follow karyaku.

    ReplyDelete
  11. musim jerebu paling teruk sekarang ni.. doakan semoga ia cepat berakhir..

    ReplyDelete
  12. Bnyk org cakap walaupun negara kita ni hanya ada 2 musim tak macam di barat.. tapi dlm 2 musim tu kita ada bermacam2 musim.. rasa mcm tak cukup je setahun kan.. meriah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..dlm 2 musim pun bermacam-macam musim ada...tq KK

      Delete
  13. berbagai acara dilakukan masa cuti..pastinya menemani kita di blog so banyak bahan nak buat entry ada kerja rumah hidup tak akan sepi..betul tak Pi?

    ReplyDelete
  14. hmm betul tu cikgu etuza...tq.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist