بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Menjelang hujung tahun dipenuhi dengan pelbagai kesibukan-kesibukan yang rutin atau terjadual. Seolahnya musim-musim yang diketarakan di sini dipastikan berlaku...


Musim 1...Musim anak-anak berada di dewan peperiksaan bagi yang mengambil exam SPM dan STPM. Semoga anak-anak ini memperolehi kejayaan yang diharapkan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.
Anak-anak di tahun 6 baru sahaja selesai exam UPSR.


Musim 2...Musim cuti persekolahan dan sempenanya ramai yang mengadakan majlis pertunangan dan nikah/kahwin. Dan didoakan setiap majlis yang berlaku sempurna kelancarannya, tiada sebarang aral yang menggendalakan. Juga setiap pasangan yang bertemu jodohnya serasi berkekalan hingga akhir hayat.
Dan kita pun berpantun menurut adat:

Tumbuh merata pohon meranti
kayu merapoh tidak berduri
Tiara cinta mutiara hati
ingin disepuh ingin dipetri...

Musim 3...Musim tengkujuh/musim banjir...musim yang tidak diingini kerana ianya akan menyebabkan masalah kehilangan nyawa, harta benda dan kesusahan-kesusahan yang bersangkutan dengannya walau kesusahan dan masalah serupa tetap juga berlaku tidak mengira musim.

Sebelum masuk musim yang ketiga mutakhir ini telah timbul musim baru pula iaitu musim jerebu. Seluruh negara dilitupi jerebu yg disebabkan asap tebal hasil pembakaran kawasan untuk tujuan pertanian di Kallimantan dan Sumatera Indonesia dihembus angin.

Musim-musim yang bergantian dengan perbezaan masalahnya yang perlu dihadapi. sarat dengan cabarannya.

26 ulasan - "Musim...musim...musim..."

nor azman delete icon 14 September 2015 1:08 PG

meriah kan

tiga lalat delete icon 14 September 2015 6:33 PG

wahhh sonoknyer kawen, nak jaga perkawenan tu yg tak sonok mak kanns., ;p

yozidahfilputra delete icon 14 September 2015 6:57 PG

Iya, semoga musim-musim buruk yang memang tidak boleh kita tolak kedatangannya itu tidak terlalu membawa petaka kepada kita umat manusia. Dan bila juga harus mendapatkan musibah, semoga kita bisa memikulnya dengan iman yang kuat...

nohas delete icon 14 September 2015 11:25 PG

bulan Disember..musim cuti, ramai yg nak habiskan cuti tahun..dan juga musim company tutup akaun..huhu..tak leh cuti..

Kakzakie delete icon 14 September 2015 12:25 PTG

Semuanya melibatkan debaran yg berbeza
Tak kira yg terlibat dengan periksa,majlis nikah-kahwen atau mereka yg biasa terlibat banjir
Moga semuanya dipermudahkan... usaha dan doa pada Allah kita berserah

Patah Online delete icon 14 September 2015 1:29 PTG

maafin kami ya mbak orang indonesia, doain aja biar pemerintah kami bisa mengatasi masalah kabut asap yg terjadi di kalimantan. salam damai dari kami semua :D

LZ - The Blog Owner delete icon 14 September 2015 3:37 PTG

Kak Paridah, tambah musim 1 lagi, jerebu..
Teruk kat sini Kak.. :-(

aizamia3 delete icon 14 September 2015 4:01 PTG

Musim berganti musim.. masalah tetap sama.. kita perlu bersedia dari masa ke semasa.

Dunia Zumal delete icon 14 September 2015 6:34 PTG

Musim banjir dan musim berkhatan juga...

Tengku Sofia delete icon 14 September 2015 10:14 PTG

Done follow #209

Musim, musim. Musim orang kawen memang seronok.

paridah delete icon 15 September 2015 11:09 PG

hmm..amat meriah...tq nor azman.

paridah delete icon 15 September 2015 11:13 PG

berkahwin kerana Allah segala urusannya mudah hingga jannah...tq tiga lalat.

paridah delete icon 15 September 2015 11:16 PG

insyaAllah tu..musim yg bergantian meronai kehidupan kita tanda kekuasaan Allah..
tq yozidahfilputra.

paridah delete icon 15 September 2015 11:17 PG

yeke...bole cuti lain kali nohas...tq

paridah delete icon 15 September 2015 11:22 PG

ya debara hadapi cabaran yg berbeza perlu didepani tanda kekuasaan Allah yg esa.
tq kakzakie.

paridah delete icon 15 September 2015 11:26 PG

masing2 ada alasannya n kita harus berkompromi dlm hidup berjiran...insyaAllah masalah jerebu ni akan selesai juga dgn kehendak-Nya..
tq Patah Online.

paridah delete icon 15 September 2015 11:27 PG

heh..heh..betul tu.
di mana2 saja serupa saja nampaknya.
tq Lz.

paridah delete icon 15 September 2015 11:29 PG

ya kita mesti bersedia mnghadapi musim yg bergantian itu.
tq aizamia.

paridah delete icon 15 September 2015 11:30 PG

heh..heh..ada tambahan musim lagi ya zumal...tq.

paridah delete icon 15 September 2015 11:33 PG

musim makan kenduri tu mmg best.
tq Tengku Sofia sudi follow karyaku.

Mizz Aiza delete icon 15 September 2015 12:18 PTG

musim jerebu paling teruk sekarang ni.. doakan semoga ia cepat berakhir..

Khir Khalid delete icon 15 September 2015 3:33 PTG

Bnyk org cakap walaupun negara kita ni hanya ada 2 musim tak macam di barat.. tapi dlm 2 musim tu kita ada bermacam2 musim.. rasa mcm tak cukup je setahun kan.. meriah.. :D

Etuza Etuza delete icon 16 September 2015 3:59 PTG

berbagai acara dilakukan masa cuti..pastinya menemani kita di blog so banyak bahan nak buat entry ada kerja rumah hidup tak akan sepi..betul tak Pi?

paridah delete icon 16 September 2015 11:03 PTG

hmm betul tu cikgu etuza...tq.

paridah delete icon 16 September 2015 11:06 PTG

heh..heh..dlm 2 musim pun bermacam-macam musim ada...tq KK

paridah delete icon 16 September 2015 11:13 PTG

INSYAaLLAH AKAN PULIH SEGERA TU AIZA TQ.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”