بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 Alam persekolahan sinonim sekali dengan kalimat pendek di dalam bahasa Inggeris itu. Bahasa Melayunya memberi maksud peperiksaan. Setiap daripada kita pasti pernah melalui situasi  yang merisaukan dan meng elirukan itu.

Dulu-dulu kita menghadapinya hanya dengan banyak membaca dan membuat revisi. Dan kita pun selesa di dalam dewan peperiksaan menjawab soalan-soalan kertas peperiksaan.

Sekarang ini persiapan menjelang peperiksaan tidak semudah itu lantaran peperiksaan terlalu menuntut kejayaan cemerlang. Kemerlangan kejayaan di dalam peperiksaan menjanjikan hidup yang gemilang. Dan masing-masing berusaha sekeras mungkin untuk memperolehi tahap itu dengan pelbagai cara.

Ada yang memohon kepada Allah kejayaan di dalam peperiksaan melalui solat hajat dan doa-doa dan dengan rajin bertahajud sepertiga malam. Para ibu/bapa juga digalakan melakukan amalan serupa justeru doa ibu/bapa tiada hijabnya dengan Allah untuk kejayaan anak-anak.

Seorang ustaz mengatakan; tika anak-anak sedang exam, para ibu/bapa rajin-rajinlah membaca surah yasin dan hadiahkan kepada anak itu.

Dan anak-anak yang hendak mengambil peperiksaan berusahalah untuk melakukan solat sunat israk SEBELUM MASUKI DEWAN PEPERIKSAAN; mohon kepada Allah permudahkan dan sempurnakan urusan dunia hari ini sepertimana sinar mentari menyeluruhi alam ini. InsyaAllah...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM YANG BAKAL MENJELANG TIDAK LAMA LAGI KEPADA SEMUA CALON-CALONNYA.

SEMOGA KELAK BEROLEH KEJAYAAN YANG DIDAMBAKAN SETELAH BERUSAHA KERAS INSYA ALLAH..
                                                                         

                                                                        JADUAL EXAM

WEEK 1
3 November 2014, Monday - Bahasa Melayu
4 November 2014, Tuesday- English
5 November 2014, Wednesday- Mathematics
6 November 2014, Thursday- Pendidikan Moral / Islam

WEEK 2
10 November 2014, Monday- Sejarah Kertas 1 Kertas 2
13 November 2014, Thursday- Sejarah Kertas 3

WEEK 3
17 November 2014, Monday-  Prinsip Perakaunan
19 November 2014, Wednesday- Additional Mathematics
20 November 2014, Thursday- Physics / Science

WEEK 4
24 November 2014, Monday - Chemistry
25 November 2014, Tuesday- Biology

WEEK 5
1 December 2014, Tuesday- Bahasa Cina / Arab / Tamil 
3 December 2014, Wednesday - EST 

12 comments - "EXAM...EXAM...EXAM...SEDIKIT TIPS MENGHADAPINYA DENGAN TENANG."

Em Albar delete icon 31 October 2014 at 15:53

semoga berhasil mbak

Nazlee Ismail PCL delete icon 31 October 2014 at 16:10

seketika dulu emak bapak kita risaukn kita, ni kita pulak.. baru tahukan bertapa saling memerlukan.

Nick Nashram delete icon 31 October 2014 at 16:47

kat sekolah pun dah ada motivasi, buat majlis restu ilmu..nak bagi naikkan motivasi pelajar lagi yg nak duduki spm.

Khai♥Rin : anies delete icon 31 October 2014 at 17:13

setelah penat berusaha, jangan LUPA BERSERAH SEPENUHNYA KEPADA DIA...

paridah delete icon 31 October 2014 at 20:46

insya Allah moga2...tq Em Albar.

paridah delete icon 31 October 2014 at 20:49

benar tu...emak/bapa yg risau tu time akaklah nazlee PCL...tq

paridah delete icon 31 October 2014 at 20:54

benar tu sekolah kini bnyk sekali program restu ilmu n motivasi utk calon2 spm hinggakan guru2nya terpaksa jadikan sekolah rumah keduanya...tq cikgu Nick Nashram.

paridah delete icon 31 October 2014 at 20:56

yala anies bertawakal n berserah kpd-Nya setelah giat berusaha..tq anies.

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 31 October 2014 at 21:17

Semoga semua pelajar yang bakal menghadapi SPM dan STPM dapat menjawab dengan tenang dan memperolehi kecemerlangan ^_^

Febri Gamesoft - www.mas-feb.com delete icon 1 November 2014 at 01:37

wah,, keren fotonya mba

nohas delete icon 1 November 2014 at 09:19

teringat masa ambil SPM dulu...semoga berjaya adik2 Form 5..

Etuza Etuza delete icon 1 November 2014 at 20:32

Asalam Parida..terima kasih ingatan, sepetang bersama anak hari ini di SMK Agama ranau Sabah..bagi nasihat semangat..semoga anak2 kita semua beroleh kejayaan SPM 2014..jauhi mereka dari anasir yang merosakkan professionalism .

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”