Tuesday 10 November 2015

SEBUAH CITRA KEHIDUPAN...

ASSALAMUALAIKUM..

SUAMINYA berkerja keras untuk menjelaskan ansuran bulanan lori kecil itu dengan memulakan perniagaan membekalkan buah-buah kelapa yang diangkutnya daripada kawasan pertanian itu di Bagan datoh kepada pekedai-pekedai di daerah sini.

Kelapa memang merupakan bahan keperluan penting untuk masakan Melayu. Sudah tentu permintaannya sangat banyak sehinggakan tidak terpenuhi lantaran pohon-pohon kelapa yang baru ditanam di tanah rancangan di daerah sini yang kebanyakannya baru saja diteroka/dibuka belum lagi berbuah. Jadi bekalan kelapa terpaksa dibawa masuk daripada luar daerah atau daripada kampung-kampung tradisi sekitar sini.

"Abang ni sibuk sangat dengan berniaga sehinggakan saya dan Aida selalu saja abang tinggalkan..."
Rungut isterinya yang ternyata kesepian kerana sering ditinggalkan hanya bertemankan si kecil anak kesayangan.

"Kalau abang tak sibuk berniaga mencari duit macamana abang nak bayar ansuran lori tu...cubalah faham sikit...jangan pentingkan diri sendiri saja..."

"Tapi abang tu berkerja melampau sangat rajinnya sehinggakan tidak pedulikan kami langsung..."

"Sewaktu masih muda ni lah kita kena rajin berkerja mengumpul duit supaya kelak kita tidak susah pada hari tua..."

"Saya tengok jiran kat depan rumah kita tu peneroka juga tapi sentiasa ada di rumah. Paginya dia ke ladang. Balik dari ladang duduk saja berehat sambil membaca akhbar atau buku...tapi abang ni masa abang ni habis kat jalan saja...asyik angkut kelapa jual kelapa...masa untuk saya dan Aida langsung tak ada..."

Suaminya itu tersengih saja. Seolahnya cuba memahami isu yang menggelodak di hati isterinya itu.
"OK...abang akan cari masa untuk kita sekeluarga selepas ni. Tunggu abang habiskan menghantar kelapa-kelapa tu kepada pekedai-pekedai. Lepas tu abang bawa Ita bercuti ke Telok Intan..."

Zunita faham sangat maksud bercuti suaminya itu. Tentulah dengan maksud membawanya sekali ke situ untuk mendapatkan bekalan buah-buah kelapa yang diniagakannya.

21 comments:

  1. Bagan Datuh, Teluk Intan... dekat tu dgn kampung lela. Buah-buah kelapa... semuanya menimbulkan nostalgik... x sabar menunggu coretan ida seterusnya...

    ReplyDelete
  2. masih ingat lagi kata cikgu sy ms sekolah rendah:

    pokok kelapa = pokok seribu guna ;-)

    ReplyDelete
  3. HMM POKOK SERIBU GUNA YG AMAT BERGUNA...TQ ANIES.

    ReplyDelete
  4. wahh ayu chantek molek akak tepi tingkap baca buku tuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak cantik menghibur hati sunyinya dgn membaca tu wak...tq.

      Delete
  5. selamat pagi P wah bercerpen pulak hari ni ya
    kelapa mmg pokok seribu guna dari daun, buah
    batang nya mmg manafaat utk manusia apa lgi santan nya setiap surirumah pasti merajuk kalau kelapa mogok tknak berbuah kann

    ReplyDelete
  6. selamat pagi noor...secebis kisah begini xpanjang sgt nk dibaca kan noor.
    kelapa ni bhn masak penting cara kita kan noor..tq.

    ReplyDelete
  7. Kalau rasa kena tinggal selalu ikutlah naik lori sekali hhi.. betul juga kata suaminya tu
    Demi kelangsungan hidup macam-macam perlu dilakukan. Persefahaman kenalah ada pada pasangan..

    ReplyDelete
  8. heh..heh..sesekali kena ikut suami jln2 walau naik lori jer ...tq kakzakie.

    ReplyDelete
  9. ya.. related sangat kisah ni dengan kehidupan penoroka.. :)

    ReplyDelete
  10. HMM KISAH PENEROKA DI TANAH RANCANGAN BARU...TQ SOBRI.

    ReplyDelete
  11. hi sis ☺
    I'm newbie and please support me
    hv a nice day~♥~
    smartiesmoo.blogsport.kr

    ReplyDelete
  12. hai Amy jung...tq sudi singgah.

    ReplyDelete
  13. begitu besarnya taggungjawab seorang suami dan ayah..

    ReplyDelete
  14. Tak pernah sampai Bagan Datoh lagi
    Cantik bunga warna putih tu Kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...bagan datoh terkenal dgn kelapa fidah..
      orkid putih tu kat rumah kak fidah..tq.

      Delete
  15. Cantik..gambar menghias laman PI

    ReplyDelete
  16. heh..heh..yeke...tq cikgu etuza.

    ReplyDelete
  17. Judul lagunya mungkin “ demi kau dan sibuah hati ” nih kak Paridah. Kadang, kita juga harus meluangkan waktu untuk anak dan keluarga. Jangan sibuk nyari uang melulu...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist