بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


"Wah...mesra kau berpelukan dengan isterimu, siap tayang satu dunia lagi...orang sayang isterilah katakan..."

"Kalau kita sayang mestilah kita tunjukan bukan..."

"Kau tunjukan kasih sayangmu kepada dunia terhadap isteri barumu saja kot...sebab banyak aku nampak gambar-gambarmu mesra berdakapan dengan sidia saja. Tapi dengan K tak ada pula..."

PIC HIASAN

"Ada aku letakan dalam fb gambar K juga...kau yang tak perasan."

"Banyak ke foto-foto K yang kau masukan online?"

"Satu je..."
"Patutlah aku tak perasan... sebab foto yang satu itu dah ditenggelami aura foto-foto isteri mudamu yang cantik berposing denganmu..."

Dia adaptasikan makna keadilan memadukan isteri-isterinya mengikut caranya tanpa mempedulikan perasaan isterinya yang terluka kerana dia telah memaklumkan kepada dunia bahawa dia sangat berbahagia dengan isteri barunya sedangkan isteri pertamanya itu dianggap ada saja. Mungkin itu yang difikirkan kawan kepada suami K itu.

25 ulasan - "DIALOG DIALOG MAYA..."

Kakzakie delete icon 30 September 2015 12:58 PTG

Ramai sebenarnya perempuan dan isteri-ister yg hatinya di sayat-sayat suami tanpa disedari.
Kesian itu yg mampu kita katakan..
Si suami moga segera insaf sebelum izrael mencabut nyawa atau ditakdirkan terlantar kerana tak tahu kelak siapa yg mampu menjaga lebih baik (andai sakit).

Dunia Zumal delete icon 30 September 2015 2:19 PTG

Kekadang 1001 alasan kita dengar kerana seseorang nak bermadu tu kan... Dah bermadu tak pula berlaku adil...

Raihanah Ahmad delete icon 30 September 2015 2:42 PTG

semoga dipermudahkan semua urusan

Puan Wawa delete icon 30 September 2015 3:39 PTG

Erkkk.. Tak baik macam tu.. Hayi isteri harus juGa dijaga..

aTieYusof Family delete icon 30 September 2015 3:51 PTG

Kasihan pada isteri pertama.. sepatutnya kenalah jaga hati kan kak.. jgn lah nak menunjuk sgt kebahagiaan dgn isteri muda... byk hati nak kena jaga...

paridah delete icon 30 September 2015 8:56 PTG

hmm..sepatutnya gitulah kan atie...heh...heh..tq.

paridah delete icon 30 September 2015 8:58 PTG

bukan senang nk adil kan wawa...tq.

paridah delete icon 30 September 2015 8:59 PTG

insyaAllah..tq raihanah ahmad.

paridah delete icon 30 September 2015 9:06 PTG

setuju sgt dgn komen zumal tu...berkahwin lbh satu ni besar ujiannya..susah sekali nk berlaku adil...tq.

paridah delete icon 30 September 2015 9:19 PTG

benar kakzakie kita hanya setakat boleh bersimpati yg merasainya derita sekali...biasala kalau sakit yg disandarkan kesakitan tentulah pada bahu isteri yg telah sekian lama bersama tu...tq.

Fidah Shah delete icon 30 September 2015 9:46 PTG

Berlaku adil, tidak semudah yang diungkapkan

tiga lalat delete icon 30 September 2015 10:48 PTG

semoga rumahtangga dorg tetap kekal hingga akhir hayat., aminn

Etuza Etuza delete icon 1 Oktober 2015 12:47 PG

asalam PI..Etuza sedih membacanya..kenapa ya disiakan isteri pertama. Bukan kah isteri pertama yng berikan kebahagiaan. Semoga tabah isteri2 yg di madukan. Banyakkan sabar mohon ada kebahagiaan di Akhirat.

Bin Muhammad delete icon 1 Oktober 2015 10:13 PG

Bukan mudah bagi suami untuk beristeri lebih dari satu. Keadialan dan menjaga hati dan perasaan itu adalah syarat yg mesti dipenuhi... Kalau tak mampu, usah le...

p/s: Terima kasih di atas sokongan dan semoga ukhuwah berpanjangan. Blog ini telah tersenarai di My Bloglist. :)

paridah delete icon 1 Oktober 2015 11:44 PG

tksh banyak dik BM..sukanya hati dibloglist blog yang sgt femes sedunia ni..
setuju sgt dgn komen Bm tu..ujian-Nya amat berat tu...

paridah delete icon 1 Oktober 2015 2:38 PTG

hmm betul amat tu fidah...tq.

paridah delete icon 1 Oktober 2015 2:41 PTG

insyaAllah..isterinya tabah n setia tu ...tq wak tiga lalat.

paridah delete icon 1 Oktober 2015 2:44 PTG

wsalam cikgu...isteri kan amanah Allah kpd suaminya..
suami2 harus sedar tu...tq cikgu etuza.

dorsett pink delete icon 1 Oktober 2015 3:07 PTG

betul! tu namanya gatal. hahaha

paridah delete icon 1 Oktober 2015 4:09 PTG

heh..heh..tq dorset pink.

Cikna delete icon 1 Oktober 2015 5:45 PTG

Kdng2 xphm nape mesti nk b'madu sdngkn diri sndri pun is3 p'tama yg jaga, tu blm masuk bab nafkah....

paridah delete icon 1 Oktober 2015 9:19 PTG

hai cikna pakabar lama xbersua ya..
betul kata cikna tu...tq.

Nora Karim delete icon 2 Oktober 2015 10:33 PG

Mmg kesian la kak.. .saya pun ada kawan yg mcm tu... dikatanya isteri tak mcm dulu, lalu cari isteri lain... sedih.. hati saya pun bagai disiat2...

paridah delete icon 2 Oktober 2015 11:43 PG

KISAH2 GINI BANYAK BRLAKU SEKITAR KITA KAN NORA...TQ

Khai♥Rin : anies delete icon 6 Oktober 2015 4:17 PTG

senang je cari alasan hishhhhhhh

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”