بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..


Terpegun sungguh dia melihat kekayaan yang dimiliki kawannya seorang pengusaha sebuah restoran di tengah bandar ternama. Bersusun kereta yang dimilikinya di hadapan rumahnya yang indah. Di dalam rumahnya pula sarat dengan perabot-perabot mahal yang di atur rapi. Menyelesakan pandangan mata. Dia pun menilai kehiduppannya yang seadanya. Tidak miliki walau sebuah kereta dan hanya tinggal di dalam sebuah rumah kayu yang serba sederhana.


Kata seorang pakar motivasi; kita perlu tunjukan apa yang kita miliki sebagai tanda keupayaan kita. Jadi lantaran dia tidak punya apa-apa tentulah tidak berupaya menunjukan apa-apa. Namun dia amat bersyukur kerana kawan baiknya itu berjaya mencapai apa yang diidam-idamkannya selama ini iaitu memiliki kehidupan mewah sebelum menutup mata.

Tetapi harus bijak juga mengurusi kekayaan agar ianya lestari sepanjang penghidupan. Janganlah berbelanja sewenang-wenang tanpa keperluan.

Dan kawan baiknya yang baru bergelar OKB itu kabarnya kini mengalami pelbagai masalah kewangan pula. Keretanya yang bersusun-susun itu tidak mampu dijelaskan ansuran bulanannya, rumah mewahnya pula tertunggak banyak bilnya dengan bank. Memang pening kepala memikirkan masalah tu ya...

20 ulasan - "WANG...WANG...BERWANG"

dear anies delete icon 30 November 2015 11:35 PG

rezeki dia kan kak alhamdulillah semoga dia trs berjaya

seraa rose delete icon 30 November 2015 12:33 PTG

membeli biar berpada.. kene rancang kewangan..

paridah delete icon 30 November 2015 3:10 PTG

BETUL TU ANIES..INSYA ALLAH MOGA BGITU..TQ

paridah delete icon 30 November 2015 3:12 PTG

KEWNGAN YG XDIRANCANG TENTU MENYUSAHKAN...TQ SERAA ROSE.

Kakzakie Purvit delete icon 30 November 2015 3:13 PTG

Bila tidak ada planning yg baik tak mustahil boleh jadi begitu
Senang dan nikmat yg sementara akibatnya menjerat diri

paridah delete icon 30 November 2015 4:00 PTG

YA KAK ZAKIE XBIJAK MENGURUS REZKI AKHIRNYA MENYUSAHKAN DIRI...TQ.

Etuza Etuza delete icon 30 November 2015 6:21 PTG

Asalam Pi...semoga kita terhindar dari masalah hutang yang banyak..kita mohonlah pada Al;lah agar berkati kehidupan walau dalam tahap sederhana...amin

Dunia Zumal delete icon 30 November 2015 7:32 PTG

Biarlah kita kaya dengan wang kita bukannya wang hutang. Zumal dah serin dengan semua tu ^-^

paridah delete icon 30 November 2015 10:01 PTG

wsalam cikgu jika Allah memberi kita rzki yg banyak pandai2lh kita menguruskannya...tq

paridah delete icon 30 November 2015 10:07 PTG

betul tu zumal kalau wang sendiri terasa syg nk dibazirkan x tentu pasal n jgn cari mslh dgn hutang...tq zumal.

tiga lalat delete icon 30 November 2015 10:07 PTG

insaf mak kanns.,

paridah delete icon 30 November 2015 10:30 PTG

hmm...ambil iktibar kan wak...tq.

Qaseh Vee delete icon 30 November 2015 10:43 PTG

saya memilih utk tdk pening kepala dgn hutang . lagipun kemewahan itu tak blh bawa masuk kubur ...

Aiy Ayumna delete icon 30 November 2015 11:43 PTG

Kekayaan tidaklah abadi.. sekarang boleh jadi sedang di atas, tapi suatu saat bisa saja berada di bawah..

Fidah Shah delete icon 1 Disember 2015 8:12 PG

Tak perlulah mengikut pepatah..
"Biar papa asal bergaya"...aduhai

paridah delete icon 1 Disember 2015 10:04 PG

HEH..HEH..BETUL TU FIDAH..KAYA XBERGAYA PUN NAMPAK ADA GAYA...TQ.

paridah delete icon 1 Disember 2015 10:06 PG

HMM SETUJU DGN ALY AYUMA ..HIDUP INI ADA PASANG SURTNYA..TQ

paridah delete icon 1 Disember 2015 10:11 PG

WANG RINGGIT N KEMEWAHAN XSALAH MILIKINYA TAPI KENA BETUL MENGGUNAKANNYA...TQ QV.

Puan Wawa delete icon 2 Disember 2015 12:51 PTG

Belanjalah ikt kemampuan, ble terkena macam ni terngadah laa jawabnya..")

paridah delete icon 2 Disember 2015 4:34 PTG

betul kata wawa..walau terasa berwang tapi sebenarnya xseberapa pun....tq wawa.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”