بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Hujan....hujan...hujan...

Musim tengkujuh sudah memasuki fasanya. Mengulangi rentak serupa saban tahun. Justeru hujan pun akan menghujani kawasan-kawasan yang tertakluk kepada perubahan cuaca alam.

"Kalau hujan ni berterusan lebat selama 2 jam pasti akan banjir kawasan kita..." Jiranku Idah bersuara gusar.

" Ialah kak Idah. Lagipun sungai kecik kat belakang rumah kita ni nampaknya dah dipenuhi tebing yang runtuh dan dah semakin cetek. Macamana air nak lalu. .." Sela Imah jiranku terdekat. Menambahkan fakta yang merisaukan kedua-duanya.

"Nampaknya setiap tahun kita akan menghadapi masalah serupa. Terpaksa menyapu selut dan mengemas perabot. Penat ooo...tambah kita ni dah tua...kudrat pun tak seberapa...."

"Orang yang penting tu bila kita kena banjir barulah sibuk nak mendalamkan sungai. Dah tu habis pokok pokok yang kita tanam dikorek dan dihumban sesuka hati pemandu bulldozer tu. Kononnya rizab sungai. Rizab sungai kemenda batu pancang sempadan kan ada. Tak nampak ke...main korek ikut suka dia je..." Kak Idah melepaskan kekesalannya.

"Tak patut tu. Setiap tahun kita yang bayar cukai tanah. Cukai dibayar sedangkan tanah kita sudah jadi rizab sungai."

"Tahun ni kalau banjir lagi tentu orang penting tu suruh korek lagi sungai tu. Korek...korek...korek....sudahnya
sungai tu melebar sampai ke tepi rumah kita..."

"Sepatutnya ada seseorang yang ditugaskan menjaga sungai kita ni. Memerhatikan keadaannya. Jangan biarkan semak samun yang menghalang laluan air atau bina batu-batu penghadang yang dibuat macam kat sungai gombak tu..."

Begitulah rungutan para suri rumah yang sentiasa terdengar seiring dengan hujan lebat yang turun di kampungku. Tetapi jeritan dan rungutan suri suri yang keletihan mengurusi tamu yang berkunjung setiapkali musimnya tiada siapa yang peduli. Kecuali gangguan itu menimpa orang orang kota. Maka banyaklah terowong terowong SMART yang dibina.

2 comments - "Secebis kisah 4"

yanhamid delete icon 5 October 2011 at 16:13

cam novel gitu..suke baca..hihi salam kenal..

paridah delete icon 5 October 2011 at 18:44

terimakasih yanhamid. bukan novel cuma secebis kisah. ada juga manuskrip novel yg ditulis di sini. Kalau minat boleh baca 6787 hikayat Lembah Sunyi. Selamat berkenalan yanhamid...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”