بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....




Tika bersekolah di SMART dulu pada pertengahan 70-an asrama yang kuhuni berjiran dengan Kuantan Garden sebuah kawasan perumahan. Kebanyakan rumah-rumah di situ  memiliki orkid-orkid cantik yang bergantungan di beranda. Indah sekali. Terpesona memandangnya. Hatipun mulai berkira-kira untuk menanam orkid-orkid cantik itu suatu ketika kelak.

Hajatku terlaksana juga. Kini beranda rumahku dikelilingi orkid-orkid cantik yang meriah berbunga. Kata orang susah juga nak menggalakan orkid berbunga selalu. Entahlah. Bagiku mudah saja. Setiap dua minggu aku akan menyiramkan orkid2ku dengan air tahi kambing yang sudah siap diproses menjadi baja. Menyiramnya 2 atau tiga hari sekali untuk menyegarkannya.

Orkid-orkidku ini sangat manja. Tidak boleh berpanas langsung. Mesti mahu diletakan ditempat redup dan menerima sinaran mentari yang sedikit saja.

Tika malamnya tidak boleh disinari cahaya lampu eletrik kerana akan mengundang serangga mengerumuni


dan membaham bunganya. Tambah-tambah orkid yang harum bunganya. Gemar sekali serangga-serangga ini menggerogotinya. Kan sayang?

22 ulasan - "ORKID-ORKID KESAYANGAN..."

Aku Penghibur delete icon 21 Januari 2014 10:12 PTG

assalamualaikum wahh cantiknya pokok orkid... sekolah SMART tu di mana kak ?

paridah delete icon 21 Januari 2014 10:19 PTG

wsalam...SMART tu sek. men. Abd Rahman Talib acik, sebuah sekolah yg terkenal di Kuantan...tq acik Aku Penghibur.

Abdul Kholiq Hasan delete icon 21 Januari 2014 11:35 PTG

wah tentang bunga orkid, meskipun saya tidak terlalu paham dengan bunga tapi setidaknya saya mengerti bunga yang orkid ini

Wirda Amir delete icon 22 Januari 2014 12:28 PG

tahun 70an di sek men .?ermmmm

jiran sy sekarang ni masing tgh giler tanam orkid kecuali sy..sy suka tgk je..hehe

paridah delete icon 22 Januari 2014 8:03 PG

peminat orkid juga ni ya...tq Abdul Kholiq Hasan.

paridah delete icon 22 Januari 2014 8:10 PG

kenapa wirda...kan dh lama masa tu...se lama orgnya heh...heh..
orkid ni cantik bunganya ramai yg berminat menanamnya...tq Wirda Amir.

Kesuma Angsana delete icon 22 Januari 2014 10:21 PG

mmg cantik, serius jeles tgk !

paridah delete icon 22 Januari 2014 11:19 PG

jgn jeles aaa...tq Kesuma Angsana.

babYpose delete icon 22 Januari 2014 12:43 PTG

salam, wah cantiknya orkid, geram tengok :)

paridah delete icon 22 Januari 2014 2:17 PTG

wsalam orkid2 yg tergantung kat beranda rumah mcik tu...tq babYpose.

Kakzakie delete icon 22 Januari 2014 2:21 PTG

Kakak rasa kena tengok tangan juga agaknya. Kakak sikit punya membelai orkid kakak ni tapi bunga punyalah payah nak keluar.. Daun aje yg rancak. Kakak guna baja orkid 65 kalau tak salah nursery yg suggest still tak ada sign nak berbunga... kalau ada pun sesekali aje huhu...

acik idah delete icon 22 Januari 2014 2:33 PTG

Banyaknya koleksi orkid kak paridah... Cantik2 pulak tu...
Hujung minggu lepas idah ke Pagoh... cantik2 juga koleksi orkid makcik tu... bunganya besar2... bentuk dan warna nya pun cantik2... :D

Gundi Pulut delete icon 22 Januari 2014 2:37 PTG

Assalammualaikum kak paridah..sya folo blog akk :)

paridah delete icon 22 Januari 2014 4:03 PTG

wsalam..terima kasih Gundi Pulut...rasanya kak dh follow jg blog adik..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 22 Januari 2014 5:29 PTG

cantiknya bunga orkid tu kak.. ada rahsia guna air siraman baja tahi kambing rupanya, terima kasih berkongsi rahsia..

Haliza Ghazalli delete icon 22 Januari 2014 6:03 PTG

Wah!...cantik nye orkid2 kak.
Kalau macam ni blh buat pertandingan orkid antara bloggers!

paridah delete icon 22 Januari 2014 7:11 PTG

yeke kak juga suka orkid yg berbunga besar lebih menyerlah cantiknya kala berbunga...tq ACIK IDAH.

paridah delete icon 22 Januari 2014 7:26 PTG

Orkid2 kat rumah kak guna baja tahi kambing yg dh diproses n rendam seminggu kemudian siram dua minggu sekali...nmpak rajin orkid2 tu berbunga...tq Kakzakie.

paridah delete icon 22 Januari 2014 7:32 PTG

ya aiza kak dapat rahsia tu drpd penanam orkid juga...cubalah kalau nak tahu hasilnya...tahi kambing yg xdproses pun boleh direndam n siramkan orkid setelah seminggu direndam...tq Mizz Aiza

paridah delete icon 22 Januari 2014 7:43 PTG

wah bagus idea liza tu n kak tahu liza juga penggemar orkid n bunga2....tq Haliza Ghazali.

notie delete icon 23 Januari 2014 10:15 PG

Ke 5 akak-akak saya peminat bunga orkid. Adik dia je ni tak reti nak menanam tapi masih suka memandang bunga orkid. hehehe

paridah delete icon 26 Januari 2014 10:11 PTG

yeke notie...mesti cantik2 koleksi orkid2 kakak2 notie...nanti upload pic ke blog notie ya mesti ramai yg nk singgah tengok....tq notie.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”