Friday 11 September 2015

PENANGAN CINTA..


ASSALAMUALAIKUM..


"Kenapa abang tu kak?"
"Kenapa pulak? Apa yang peliknya?"
Dia yang bertanya. Tetapi pertanyaannya dipulangkan tanpa jawapannya. Keresahan melanda hati samaada masih mahu mengulangi pertanyaan serupa meminta jawapan pasti.

"Suami Ita tidak pernah bercerita kenapa abangnya begitu?" Suara kakak iparnya agak mendatar seakan cuba memahami gelodak perasaan adik iparnya itu tanpa menunjukan kejengkelan hati kerana diterjah dengan pertanyaan yang tidak disenanginya.

"Kau nak tahu? Adik Iman itu bukan ada masalah apa..."
Dia pula yang keliru dengan penjelasan yang ternyata kabur itu.

'Habis kalau tidak ada masalah kenapa abang Iman begitu. Langsung tidak tahu mengurus diri, sehingga semua keperluannya ayah yang uruskan. Hendak mandi dimandikan, hendak makan disuapkan, hinggakan pakaiannya pun ayah yang tolong sarungkan. Pelik.Nampak abang Iman tu cukup sifatnya macam orang lain. Maksudnya berkaki bertangan dan tidak lumpuh tapi kenapa sikapnya pemalas begitu?'

Jawapan kepada pertanyaan tentang itu mesti dicari juga. Wajah kakak iparnya direnunginya tajam.
"Apa nak buat Ita dah nasib dia nak jadi begitu." Lemah sekali luahan rasanya.
'Dah salahkan nasib pula.'

"Apa sebenarnya ceritanya kak? Ceritakanlah pada saya. Saya bukan orang lain. Ahli keluarga ini juga..."

"Betul nak tahu ni?"
"Eh! Betullah...ingat saya main-main pulak..."
Salima menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Seolahnya ia sedang melepaskan bebenan yang termengkelan di salur pernafasannya.

'Mesti ceritanya sangat menarik ni...'

"Adik Iman tu mungkin sudah hilang semangat hidupnya. Jadi dia langsung tidak kisah dengan apa yang berlaku kepada dirinya..."

"Bagaimana pula boleh hilang semangat hidupnya?" Dia melontarkan pertanyaan sangsinya.
"Kecewa yang amat sangat kerana gagal dalam percintaannya..."
'Sebab kecewa dalam bercinta hingga jadi sampai begini. Ingatkan cerita-cerita begini berlaku dalam filem dan drama saja, rupanya realiti...' Zunita melayani monolog sepinya. Dia tersenyum sedikit.
'Boleh percaya ke?'

Wajah kakak iparnya berubah rona. Suram.
"Ita nampak macam tak percaya dengan cerita kakak. Kalau macam tu tak payahlah kakak nak sambung lagi..."

"Eh! Kakak ni itu pula yang disangkanya. Sebenarnya saya pelik kenapa orang yang putus cinta kecewanya begitu mendalam sekali sehingga merosakan diri sendiri?"

"Entahlah! Kakak sendiri pun tak faham. Dulu Iman seorang yang cergas, rajin berkerja. Tapi setelah kekasihnya dikahwinkan keluarganya dengan orang lain, dia berubah mendadak..."

Terhenti pula cerita Salima di situ membuatkan Zunita kehampaan menunggu.

"Iman seolah terlupa dengan apa yang perlu dilakukan demi hidupnya. Kerjanya setiap hari hanya mengulangi rumah kekasihnya itu sehinggakan keluarga kekasihnya itu naik jelak dan menyampah. Kata orang-orang keluarga kekasihnya itu telah membomohkan Iman sehingga dia menjadi tidak bermaya dan tidak berupaya lagi hendak mengayuh basikal ke rumah kekasihnya..."

Kali ini dia yang terkedu. Betapa hebatnya penangan cinta itu sehingga menjadikan seorang wanita menangis berhari-hari kerana kehilangannya lalu menjadi buta. Itu antara cerita yang dia tahu.Dan kini dihadapannya seorang pemuda yang kacak lawa telah hilang kewarasan mental dan semangat hidup. Kasihan sungguh.

Hatinya diserbu perasaan bimbang pula. Mengapa? Mungkin memikirkan kondisi keluarga suaminya yang merisaukan penerimaan akal sihatnya.

Kelihatan kepadanya keadaan ayah mertuanya yang agak tidak stabil mentalnya. Sering bercakap sendirian seolah ada teman di sisinya sambil mengutau-utaukan tangannya menunjuk ke sana sini. Hatinya cuak. Risau dirinya memikirkan apakah lagi masalah yang akan membelitinya di tengah keluarga ini.

Suatu ketika dulu sewaktu dia kecil, dia sering mengelakan diri daripada bertembung dengan seorang gila yang tinggal berhampiran masjid di kampungnya. Jikalau terjumpa juga dia akan lari sekuat hati untuk menjauhinya.

Sekarang bagaimana? Ke mana lagi dia hendak lari. Mertua dan abang iparnya yang berkeadaan begitu. Tetapi dia tidak pernah lupa mengingatkan dirinya bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah kehendak Allah jua. Ayah mertua dan abang iparnya tidak pernah meminta dijadikan sebegitu. Astagfirullah...

11 comments:

  1. Begitulah jika terlalu taksub dengan cinta manusia...

    ReplyDelete
  2. hmm..mungkin juga ujian Allah tu...tq zumal.

    ReplyDelete
  3. Saya kalau jumpa dengan orang yang seperti di dalam cerita...saya akan senyap dan jalan macam biasa sahaja...tengok sahaja kalau duduk....sebab takut pun ada....tidak lah lari mereka.....tetapi pernah juga sedekahkan seringgit kepada seorang yang seperti di dalam cerita di pekan hampir dengan lokasi kerja....sebabnya dia datang terus ke kereta saya dan hanya minta seringgit...hanya mampu kasihan....

    ReplyDelete
  4. yela fida mmg risah nk berhadapan dgn mrk yg gini n kita harus berfikir positif bhwa bukan kemahuan mrk jadi begitu..
    tq fida.

    ReplyDelete
  5. Kadang ianya sebagai ujian... sekadar cinta manusia x cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA UJIAN ALLAH YG WAJIB DITERIMA DGN REDA.
      TQ ACIK AP.

      Delete
  6. Ada masanya kita diuji, semoga kita tabah hadapi dugaan dari Allah..buatlah amaln yang baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. UJIAN ALLAH MENDATANGI HAMBANYA BERBEZA-BEZA TANDA KEBESARAN-NYA.
      TQ CIKGU ETUZA...

      Delete
  7. wah kuat betul penangan cinta manusia sampai x terurus begitu...sepatutnya cinta kepada Allah adalah cinta yg agung...adus....

    ReplyDelete
  8. KISAH YG BENAR TERJADI TU...KDG KITA XTAU APA SEBENAR MASALAHNYA...MOGA ALLAH HINDARI KITA UJIAN BERAT BEGITU.
    TQ JM.

    ReplyDelete
  9. Moga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi nya.
    Moga kita semua sentiasa dilindungi dari terjadinya perkara begitu. Aamiin

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist