بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ASSALAMUALAIKUM...


Pelayaran Tun Perak dari Melaka
hajat hendak singgah di Kelang
hatinya dirundung walang bukan kepalang
Ah! Alangkah sibuknya pelabuhan
dengan pendatang dari seberang
sekaliannya sudah bersiaga
merantau ke tengah kota ke ceruk desa
dengan tekad waja
sebagai perkerja.


Sedang anak negeri
leka demonstrasi
mahu beroformasi
bijaknya berperi-peri

Beliau mencabut destar
mindanya ligat berputar
mengimbau dengan wajar


Bukankah ada seorang pateh
yang banyak onarnya
mencipta aneka petaka
memberi celaka seorang hamba
yang dikasihi Raja
sehingga berbunuhan sesama saudara



Apakah tidak berubah
nasib Tuah ditimpa olah
angkara warga mencipta sengketa membawa padah

Beliau menggaru kepala
lantaran pening pula
risaukan ramainya penghijrah
yang mengaut emas ke dalam kantung
jumlahnya tak terhitung

Koleknya disongsong angin
firasatnya menghilir
diburu deru angin semilir

Sudah jauh kolek dikayuh
ingin pula berlabuh
di pengkalan Pangkor

Beliau melihat sebuah bahtera
di tengah segara
dan seorang cucunya sedang berurus niaga
menukar emas perak dengan tiara negara

dengan sekeping wadah janji
tidak mungkin terpenuhi
bakal dimungkiri

Ah! Mengapalah cucu itu
tidak membalik hikayat silam
tentang kesultanan Melaka yang tenggelam
kerana ada gunting dalam lipatan
kerana telunjuk lurus kelingking berkait
kerana adat tempua tidak bersarang rendah

Kenapa masih hendak mencari budi
berkeliling pelosok negeri
mengenal pasti sasaran
memusnah semua harapan
yang direncana warga sebaiknya

Mengapa tidak mahu menjadi warga yang pasrah
redha pada kalah
usah menuding penentu salah
justeru segalanya telah terserlah

Tun Perak sudah penat memikir
ingin pula beradu di taman inderaloka
biarlah pelayaran ini segera berhenti
angin pun tidak bertiup lagi
sudah mati

Kita ingin segera ke Langkawi
menulis puisi tentang cinta pada pertiwi
tentang sebuah jati diri....

nukilan
Paridah Ishak...


pic kawan-kawan fb

8 ulasan - "Pelayaran Tun Perak?"

Etuza Etuza delete icon 22 September 2015 10:33 PTG

teringat Etuza dengan subjek sejarah ..sesungguhnya pemimpin masa lalu amat berjasa kepada genarasi kini. Namun nafsu manusia ada berbagai ragam...kepercayaan sebenarnya perlu dipertahankan..

Fidah Shah delete icon 23 September 2015 8:53 PG

Ada banyak khazanah sejarah bangsa kita.
Jangan sampai hilang lenyap.

paridah delete icon 23 September 2015 10:01 PG

YA LIPATAN SEJARAH HARUS DIBUKA DIBACA DIPELAJARI....TQ FIDAH.

paridah delete icon 23 September 2015 10:04 PG

TUN PERAK ANTARA BENDAHARA MELAKA YG SGT BERJASA N BERKARISMA KEPIMPINANNYA DLM SEJARAH YG DICATAT...
TQ CIKGU ETUZA.

Mizz Aiza delete icon 23 September 2015 11:04 PG

ramai golongan muda pada masa kini kurang ilmu mengenai sejarah..

Khir Khalid delete icon 23 September 2015 1:51 PTG

Bangsa kita kaya dgn ilmu, adab budaya dan ketamadunannya. Perjuangan kita belum selesai...

paridah delete icon 29 September 2015 4:14 PTG

sejarah tanah melayu sejarah kita n perlu kita mengetahuinya...tq aiza.

paridah delete icon 29 September 2015 4:19 PTG

benar tu khir khalid ketamadunan kita n adab budaya kita terlalu bernilai tinggi utk dikesampingkan...thamsil n ibarat srpd sejarah harus difikirkan..tq KK.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”