Monday 15 April 2024

MEKTAM

 ASSALAMUALAIKUM






KEHILANGAN

 

Kukehilangan kesayanganku

kini kembali

kepada Khalik

kumeratap kesedihan

 

.

Ketikaku  kembara kutinggalkanmu

kuat keupayaanmu

kuberharap kesendirianmu

kau kuat

 

.

Kasihku  kemas

kecintaanku keseluruhannya

kepergianmu kukekosongan

kumerenung kejauhan

kemasyhgulan kenangan 

 

Keindahanmu

kuterpesona

kegembiraanku ketara

kurindukan kehadiranmu

.

Kerusuhan kedukaan kubiarkan

kudoakan kebahagiaan keabadianmu

kucingku

 

 

 


Sunday 14 April 2024

PEMENANG UJIKARYA SELOKA AIDILFITRI

 ASSALAMUALAIKUM



KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA ( 25 ) "AIDILFITRI"
PEMENANG:
❤ Dewi Sukma
❤ Hamimah Ibrahim
❤ Kamarsinah Sarkam
❤ Mak Russ
❤ Paridah Ishak
❤ Rina Chundau
❤ Saudah Mat Lazim
❤ Yusuf Sufali
KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA AIDILFITRI 1445H
-----------------------------------------------------------
Tahniah diucapkan kepada pemuisi yang tidak patah semangat separuh jalan, dan terus mencuba hingga ke akhir sesi ujikarya. Saya pilih puisi genre seloka kerana saya tahu pemuisi mudah tergelincir antara seloka dengan karmina, puisi berima mahupun gurindam jika tidak berhati-hati dalam membina ayat.
Ada pemuisi yang angkat tangan awal-awal lagi kerana mengetahui tahap kemampuannya untuk bersaing agak tipis, tapi saya lebih suka melihatnya dari sudut latihan, lebih banyak kita berlatih lebih banyak kefahaman yang diperolehi semasa mengarang seloka. Akhirnya pemuisi akan dapat menilai sendiri perbezaan seloka dengan genre puisi lain.
TAHNIAH!
Setiap pemenang akan menerima satu naskhah
"MIHRAB CINTA - Khazanah Puisi Seti Zaleha"
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua penulis SPTA
-----
[01] ❤ Rina Chundau
Seloka pilihan pertama tertinggi - 16 rangkap
-----
[02} ❤ Paridah Ishak
Seloka pilihan kedua tertinggi - 13 rangkap
-----
[03] ❤ Saudah Mat Lazim
Seloka pilihan ketiga tertinggi - 10 rangkap (Seri)
-----
[03] ❤ Yahti Hayati
Seloka pilihan ketiga tertinggi - 10 rangkap (Seri)



---------------------------------
AKTIVITI GRAHA KARYA, AKADEMI SPTA 2024
Tahniah kepada penulis yang terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh SPTA semoga penglibatan anda menambahkan lagi pengetahuan yang bermanfaat.
----------------------------------------------------
09/03/2024 ♦ Ujikarya Seloka "Aidilfitri" 1445H
Rina Chundau > Mihrab Cinta (SPTA, 2024)
Paridah Ishak > Mihrab Cinta (SPTA, 2024)
Saudah Mat Lazim > Mihrab Cinta (SPTA, 2024)
Yahti Hayati > Mihrab Cinta (SPTA, 2024)
cnp grup Graha Karya (c)
Terima kasih banyak Sifu Tabir Alam
Tahniah semua pemenang dan peserta.

Sunday 7 April 2024

UBI KAYU

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


UBI KAYU

Dia membaca akan berita
pegawai besar telah berkata
gantikan padi
tanaman jadi
bijak hujahnya terjuling mata
.
Masalah beras bukanlah berat
ubi kayu khasiatnya sarat
di zaman Jepun
makan itu pun
bersangka baik bergelut lorat
.
Anggap saranan boleh terima
bendang bertukar menjadi huma
tak makan nasi
dayanya lesi
kembung perutnya angin menggema
.
Menanam ubi pelbagai jenis
rasa berbeza ada yang manis
makanan ruji
belum teruji
tersenyum tawar mengeluh sinis

Saturday 6 April 2024

GENOSIDA

 ASSALAMUALAIKUM



GENOSIDA
.
Gaza
daerah geruh
derita teramat getir
tumpah darah melimpah
kebuluran sulam kesakitan
angkara penjarah durjana meraja
nyawa warga asal buang nilai harga
Zionis membunuh menghancurkan segala
terlalu getir cabaran kehidupan galas beban
terlalu getir cabaran kehidupan galas beban
Zionis membunuh menghancurkan segala
nyawa warga asal buang nilai harga
angkara penjarah durjana meraja
kebuluran sulam kesakitan
tumpah darah melimpah
derita teramat getir
daerah geruh
Gaza
All reactions:
Tabir Alam, Rina Chundau and 1 other

Friday 5 April 2024

SAHABAT SANG GAJAH

 ASSALAMUALAIKUM


ALHAMDULILLAH CERITA RAKYAT OLAHAN PI BERJUDUL SAHABAT SANG GAJAH DISIARKAN MAJALAH DEWAN PELAJAR EDISI APRIL 2024....TERIMA KASIH BANYAK EDITOR DP SUDI SIARKAN KARYA PI SEADANYA...MENARIK JUGA CERITA NI KISAH SANG GAJAH BERUSAHA MENCARI KAWAN DALAM HUTAN...BOLEH DAPATKANNYA DI MANA-MANA KEDAI DBP SEBAGAI BACAAN ANAK-ANAK DAN FAMILI SAMBIL BERHARI RAYA.




Wednesday 3 April 2024

LEMANG

 ASSALAMUALAIKUM






 

KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA ( 16 ) "LEMANG"

PEMENANG:

  1. Azmi Mi
  2. Dewi Sukma
  3. Issey Miyaki
  4. Jamal A Majid Jamajidin
  5. Mak Russ
  6. Paridah Ishak
  7. Rina Chundau
  8. Saudah Mat Lazim
  9. Yahti Hayati

KEPUTUSAN UJIKARYA SELOKA ( 17 ) "SEMPERIT"

PEMENANG:

  1.  Dewi Sukma
  2.  Issey Miyaki
  3.  Jamal A Majid Jamajidin
  4.  Kamarsinah Sarkam
  5.  Paridah Ishak
  6.  Rina Chundau
  7.  Saudah Mat Lazim
  8.  Syidah Ida

 

KREDIT GRAHA KARYA

TERIMA KASIH SIFU TABIR ALAM

TAHNIAH SEMUA PESERTA DAN PEMENANG


Tuesday 2 April 2024

SAMPERIT

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

 

 

SAMPERIT

 

Biskut

bentuk molek

menu Hari Raya

antara pilihan suri

gemar

.

Bahan

tidak banyak

sedia semua

marjerin campurkan gula

kacau

.

Telur

putih saja

masukkan sekali

sebutir sanya perlukan

adun

.

Tepung

pilih kastad

campur tepung gandum

acuan samperit pasti

jadi


MyBloglist